Hiburan

Noh Salleh Nafi 'Culik' Anak Daripada Mizz Nina - "Musa Memang Bawah Jagaan Saya, Dia Tengah Gembira ..."

gempak
Gempak
14/01/2024
12:56 MYT
Sponsor Banner
Noh Salleh Nafi 'Culik' Anak Daripada Mizz Nina - "Musa Memang Bawah Jagaan Saya, Dia Tengah Gembira ..."
Penyanyi Noh Salleh akhirnya tampil membersihkan nama selepas didakwa melarikan anak angkatnya iaitu Musa daripada bekas isterinya, Mizz Nina.

BERITA TRENDING: "Aku Tak Ambil Dadah, Tak Minum Arak, Tak Sosial Kat Kelab" - Noh Salleh

Kata Noh, 39, tiada sebarang insiden penculikan yang berlaku memandangkan Musa diambil dengan cara yang sah, selain selamat bawah jagaannya.
“Saya mahu menyangkal cerita mengenai culik anak itu. Tiada penculikan langsung. Musa diserahkan oleh ibu kandungnya untuk dijaga dengan rela hati.
“Amanah dia dapat kepada saya, bukannya ada perebutan tetapi mengikut dokumen dan undang-undang. Sekarang Musa memang bawah jagaan saya. Dia tengah gembira.
“Memang saya difitnah melalui tuduhan yang teruk. Saya perlu bersuara sebab tiada unsur penculikan langsung,” katanya dalam temu bual bersama media.
Noh atau nama lengkapnya Mohamad Noh Salleh turut menangkis dakwaan kononnya ditangkap pihak berkuasa seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

PILIHAN PEMBACA: Berebut Anak, Noh Salleh Dedah Kehidupannya Sukar Selepas Bercerai 6 Bulan Lalu

Vokalis Hujan itu dikatakan menculik Musa daripada jagaan Mizz Nina dengan bantuan pembantu rumah.
Dia kini sedang berusaha menghubungi bekas isteri yang juga penyanyi serta ahli keluarga lain semata-mata mahu membincangkan hal anak angkat mereka.
Mengulas lanjut, Noh turut menjelaskan, tiada penangkapan dilakukan terhadapnya, namun dia dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan.
“Tiada penangkapan. Hanya pergi ke balai memberikan kenyataan. Tak ada juga yang kena gari atau masuk lokap. Polis minta kerjasama, kita bagi dan mereka faham situasi. Memang tiada unsur jenayah mahupun penculikan.
“Kita sudah cuba macam-macam, hubungi pihak sebelah sana sebab semuanya untuk Musa. Saya buang ego dengan menghubungi bekas isteri tetapi gagal.
“Saya juga sudah hubungi orang sekeliling tetapi tak tahu kenapa tidak dapat. Kalau boleh nak berdamai dan curahkan kasih sayang kepada Musa,” jelasnya.
Sebelum ini pada awal Januari lalu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga asing didakwa melarikan anak seorang selebriti wanita.
Malah, kejadian tersebut didakwa merupakan rancangan bekas suami selebriti wanita terbabit yang juga vokalis sebuah kumpulan terkenal.
Susulan kejadian, selebriti wanita itu terus membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor.
Sumber: Kosmo! Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live