Hiburan
Noh Salleh Suka Motorbike, Mizz Nina Tak Halang Hobi Baru Suaminya
Bekas penyanyi Mizz Nina tidak menghalang hobi baru suaminya, Noh Hujan yang gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi.
“Sekarang suaminya saya ada hobi baru iaitu suka naik motorbike, dan kalau tanya saya, memang saya tak berkenan kerana lebih sukakan kereta.
“Kalau dia dah mula bercerita tentang motor, saya terdiam sebab tak tahu nak bagi respon bagaimana.
“Banyak kali juga dia usik saya untuk menunggang bersama tapi saya tak boleh sebab takut. Kalau setakat berdekatan dengan rumah saya okay, tapi kalau destinasi yang jauh memang saya tak berani.
“Saya okay saja dengan hobi dia, tak pernah halang pun dan saya tak kisah apa yang dia nak lakukan asalkan ia tidak membahayakan.
“Setiap orang ada hobi masing-masing kan? Jadi buat apa kita nak sekat apa yang boleh menggembirakan hati kita betul tak,” katanya tersenyum.
Dalam pada pada itu bercerita mengenai dirinya, Mizz Nina memberitahu dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak lapan kilogram selepas melakukan Yoga.
“Kalau Noh sibuk dengan motor, hobi saya pula adalah melakukan senaman Yoga. Itulah salah satu cara saya untuk kekal sihat.
“Saya lakukan latihan kardio selama setengah jam dan kemudian Yoga. Sebenarnya sejak dari tahun lepas lagi saya amalkan senaman ini.
“Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak lapan kilogram, sebelum ini saya lihat wajah saya amat bulat dan waktu itu berat saya mencecah 65 KG,” ujarnya.
Dalam perkembangan terbaru, Mizz Nina baru sahaja selesai mengerjakan umrah bersama suaminya, Noh Salleh.
Teks oleh: Mya Amri
Must-Watch Video