Demi memastikan kelangsung hidup keluarganya, seorang lelaki mengambil tindakan drastik untuk menjual keropok lekor dengan cara berbeza.

Menerusi gambar yang tular di media sosial sejak semalam, Mohamad Amirul Adli dilihat menggantung potongan kotak yang diikat pada beg galas ketika menunggang motosikal untuk menjual keropok lekor rebus.

Menariknya kotak tersebut tertulis "Nok wi makan anak bini, tokleh nok kijo (Nak beri makan anak isteri, tak boleh kerja)”.

Ayat itu sekali gus mengundang sebak dalam kalangan netizen apabila melihat kesungguhan lelaki berkenaan.

Tidak kurang juga ramai yang kagum dengan semangat juangnya.

“Allah, sedihnya pula tengok brother ni jual keropok lekor macam ni. Hope ada yang beli”

“Respect bro, tak kenal erti kalah”

“Sekurangnya dia usaha dan tidak mengharapkan bantuan semata-mata,” tulis beberapa netizen.

Difahamkan, Mohamad Amirul sebelum ini bekerja sepenuh masa sebagai pembantu kedai makan tetapi kini hanya secara sambilan iaitu tiga hari dalam seminggu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan itu Mohamad Amirul mengambil keputusan nmenjual keropok lekor bermula jam 12 tengah hari hingga 10 malam.