Nonny Nadirah Nafi Diri Memberontak - “Ada Nampak Saya Murung Ke Selama Ni? Lantaklah Apa Nak Cakap, Malas Ambil Peduli”
Gempak
24/07/2024 13:25 MYT
24/07/2024 13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah menegaskan dirinya tidak memberontak seperti yang diperkatakan warganet sebelum ini.
Nafi diri alami masalah
Menurut Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, platform media sosial merupakan tempat untuk dia berkongsi apa sahaja tentang dirinya kepada umum.
“Saya bukannya memberontak atau nak protes apa-apa. Bukan juga didorong perasaan sunyi. Bagi saya, media sosial adalah ruang berkongsi apa sahaja. Terpulang kepada setiap individu.
“Kalau suka boleh teruskan tengok, tak suka boleh 'scroll'. Kalau nak jadi pengikut laman sosial saya kena berfikiran terbuka. Tak perlu nak hakimi saya," ujarnya.
Penat layan sikap netizen
Mengakui penat melayan sikap netizen menganggap diri mereka serba sempurna, Nonny berkata, dia mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura demi meraih pujian.
"Sebelum ini, saya ada juga kongsi perkara positif. Sebagai artis dan dianggap idola, sudah tahu saya mahu menjadi contoh yang baik.
"Namun, masih juga kedengaran cakap-cakap belakang yang mempersoalkan niat baik saya.
"Mereka juga anggap saya mengalami depresi disebabkan entri yang saya muat naik dan melabel saya 'kaki viral'.
"Ada nampak saya murung ke selama ini? Jadi, lantaklah apa yang netizen nak cakap. Saya malas nak ambil peduli," jelasnya.
BERITA TRENDING:Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”
BERITA TRENDING:Selepas Video Menari Berkemban, Jual Produk Sambil Terkangkang, Nonny Tampil Muat Naik Video Mandi Pula
BERITA TRENDING:Selepas Botakkan Kepala, Nonny Nadirah Kongsi Video Menari Berkemban Pula?
BERITA TRENDING:Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Tulis Kata-Kata Tentang 'Friend Zone'
BERITA TRENDING:Nonny Nadirah ‘Up’ Video Berkemban, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur! – “Hari Ni Aku Sangat Frust!”
Berhati-hati pilih kawan
Pernah melalui pengalaman disihir hingga kehidupan dan kerjaya seni porak peranda, Nonny berkata, situasi itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan.
"Saya memang tiada kawan rapat dalam bidang seni. Kalau berkawan pun bila babitkan kerja, selebihnya saya suka menyendiri.
"Saya pernah berdepan dengan manusia mempunyai sifat hasad dengki. Sekarang, saya dalam peringkat kecilkan kelompok sekeliling saya.
"Kena pilih betul-betul dengan siapa saya perlu berkawan supaya pisang tidak berbuah dua kali," ungkap Nonny.
Terdahulu, nama Nonny menjadi hangat di media sosial selepas kerap mencetuskan kontroversi antaranya memuat naik video membotakkan kepala, berkemban di bilik air dan yang terbaharu mempromosikan produk dengan aksi serta nada suara mengghairahkan sambil terkangkang.
Sumber: BH Online