,
Laman Utama

Nonny Nadirah ‘Up’ Video Berkemban, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur! – “Hari Ni Aku Sangat Frust!”

Fiza Kamarudin
31/03/2021
16:22 MYT
Akaun Instagram (IG) pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia memuat naik foto berendam di dalam sebuah tong air.
Penampilan mencolok mata Nonny yang hanya berkemban di dalam bekas air berwarna merah itu telah menerima lebih 100,000 tontonan dalam tempoh satu jam dimuat naik.
Bagaimanapun ruangan komen pada hantaran tersebut telah dinyahaktif oleh bekas kekasih kepada aktor Niezam Zaidi itu.
Sementara itu menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial IG mendapati, Mila Jirin antara yang paling terkesan dengan hantaran terbaru dimuat naik sahabatnya itu.
Mila menerusi tulisannya meluahkan rasa kecewa kerana menerima kecaman dan maki hamun warganet gara-gara menegur Nonny secara terbuka baru-baru ini.
Lantaran itu Mila terpaksa menyahaktif ruangan komen kerana tertekan dengan tohmahan dilempatkan terhadapnya.
Tambah Mila lagi, dia berasakan hanya dirinya yang menganggap Nonny sebagai sahabat selama ini.
“Punya ramai DM / KOMEN maki hamun aku sebab aku TEGUR KAU secara terbuka…Sampai aku terpaksa off komen sbb aku pulak yang stress...
[[BACA: Mila Menggigil Tak Percaya Perubahan Nonny...]]
“Aku tak BODOH nak tegur tanpa betul betul lakukan apa yang perlu dilakukan sebagai sahabat! Sebelum aku cakap secara PUBLIC.
“Ada SEBAB aku LOUD!!Aku tak perlukan PUBLISITI pun seperti mana orang dok kutuk aku..Aku telan orang maki hamun aku...
“Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!
“Harini aku antara yang SANGAT FRUST! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang PELAKON!
“Mungkin selama ini aku sahaja yang anggap kau SAHABAT...Tahniah sahabat! Aku dah tak mampu buat apa apa...mungkin 1 JUTA FOLLOWERS yang kau impikan,” katanya.
Dalam pada itu Mila turut mendoakan agar sahabatnya itu dapat kembali semula ke jalan Allah.
“Aku cuma ada doa…Aku doa moga Allah SWT jentik hati kau, aku doa Allah ketuk kepala kau. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

gempak
01/11/2024
09:25 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.
Hiburan

Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

gempak
30/10/2024
23:45 MYT
Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Hiburan

"Farid Kamil Profesional, Dia Ada Di Set Penggambaran Pada Hari Berita Tersebar" - Pengarah Filem Bisikan Dosa

gempak
30/10/2024
10:12 MYT
Pengarah filem Bisikan Dosa, Faizul A. Rashid memuji sikap pelakon Farid Kamil yang profesional sepanjang menjalankan penggambaran Bisikan Dosa.
Hiburan

“Saya Masih Sayangkan Isteri & Anak-Anak” - Farid Kamil Akan Berusaha Jernihkan Keadaan

gempak
29/10/2024
13:47 MYT
Pelakon, Farid Kamil akhirnya tampil memberikan respon terhadap kenyataan isterinya, Diana Danielle yang mengumumkan sudah mengambil keputusan untuk berpisah.
Hiburan

Kontroversi Konsert Tak Ganggu Fokus Bella Astillah Untuk ‘Perform’ Di Konsert Sumandak Stars - “Saya Fokus Pada Diri Sendiri & Vokal Saja”

gempak
25/10/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengambil pendirian untuk fokus pada diri sendiri daripada mengulas lanjut mengenai kontroversi membabitkan dirinya dalam penganjuran Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku.
Unitar