Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nonny Nadirah Tak Nak Kaya Tapi Nak Bebas Sihir, Mahu Jodoh Dikirim Allah - "Aku Reda Tak Dapat Jodoh Di Dunia, Kahwin Tak Boleh Dipaksa"

Amri Hassan
14/07/2024 00:55 MYT
Pelakon dan penyanyi sensasi Nonny Nadirah tampil berkongsi luahan hatinya yang mahukan lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas menerimanya kerana Allah.

Malah, Nonny ingin mencari jodoh yang boleh membimbingnya ke jalan yang diredai Ilahi.

"Aku tak nak kahwin dengan lelaki yang hanya tahu merosakkan perempuan. Aku nak seseorang yang dikirim Tuhan, boleh bimbing dan pimpin aku je jalan Tuhan.

"Kalau keikhlasan hati kau tak diterima Allah, hentikanlah," kongsinya menerusi hantaran di Instagram Stories.

BERITA TRENDING: Selepas Botakkan Kepala, Nonny Nadirah Kongsi Video Menari Berkemban Pula?

BERITA TRENDING: Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Tulis Kata-Kata Tentang 'Friend Zone'

BERITA TRENDING: Nonny Nadirah Merayu Hilangkan Gangguan - “Tiga Tahun Hanya Dapat Halusinasi Buruk”

BERITA TRENDING: Lama Menyepi, Akhirnya Mila Jirin Bertemu Nonny Nadirah Setelah Tiga Tahun - “Saya Jumpa Dengan Seseorang Yang…”

Tambahnya, dia reda seandainya tidak dipertemukan jodoh yang baik di dunia dan menyifatkan perkahwinan itu bukan satu paksaan.

"Tak dapat jodoh kat dunia, aku dah reda. Kahwin bukan satu urusan yang boleh dipaksa. Cukup, jangan paksa aku," tambahnya.

Dalam hantaran terdahulu, Nonny menyatakan dirinya tidak inginkan kekayaan sebaliknya mahu memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas sihir.

"Aku tak nak rumah banglo, tak nak lamborghini. Sihir hari-hari, ruqyah diri sendiri.

"Aku nak sihat, nak happy, nak tauhid, aku nak husnul Khatimah!

"Matinya aku disebabkan perbuatan mereka, aku serahkan semuanya kerana Allah. Yang aku sedar dekat empat tahun, yang aku tak tahu? Mungkin lebih daripada itu.

"Aku lawan seorang diri, Allah Maha Kuasa ata segala sesuatu," tulisnya penuh misteri.

#Penyanyi #Viral #Akademi Fantasia #Botak #Sihir #AF #Jodoh #Nonny Nadirah #Berkemban #Besen #Berendam