Laman Utama
Lama Menyepi, Akhirnya Mila Jirin Bertemu Nonny Nadirah Setelah Tiga Tahun - “Saya Jumpa Dengan Seseorang Yang…”
Setelah tiga tahun, penyanyi dan usahawan Mila Jirin melahirkan rasa syukur akhirnya dia dapat bertemu semula dengan rakan baiknya yang juga aktres Nonny Nadirah.
Mila menerusi laman Instagram miliknya berkata dia sebenarnya sudah lama mahu mencari Nonny di rumah ibunya namun aktres tersebut tidak memberikan alamat penuh.
“MashaAllah, hari ni saya tak sangka sebab saya jumpa dengan seorang yang lama sangat saya cari. Nasib baik tak sampai depan pintu rumah mak dia saya ketuk.
“Dah nak pergi dah pun, dia tak bagi pergi. Kalau dia bagi alamat dah. Mana menghilang?,” katanya.
Mila turut memuat naik video memperlihatkan dia bersama Nonny meluangkan masa bersama setelah tiga tahun tidak bertemu.
Teruja dapat bertemu dengan sahabatnya, Nonny bagaimana pun tidak menjawab persoalan penyanyi lagu Aku Lebih Tahu itu.
“Ya Allah, baru keluar daripada tak tahu lah,” katanya ringkas.
Rata-rata rakan selebriti seperti Lufya Omar dan netizen turut meluahkan rasa teruja melihat kemunculan semula Nonny yang sudah lama menghilangkan diri.
“Dah lama sangat tak dengar berita fasal Nonny… moga-moga dia baik-baik saja.
“Alhamdulillah… Alhamdulillah. Nonny jangan hilang lagi ya. Nonny kena kuat. You've friends all around you. Yang always doakan Nonny, cari Nonny.
“Alhamdulilah… kami sebagai peminat rindu kat Nonny,” komen beberapa netizen.
Sekitar 2021, Nonny pernah mengejutkan ramai pihak dengan beberapa hantaran yang menimbulkan persoalan mengenai penampilannya yang seakan-akan memberi bayangan sudah tidak berhijab di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Bulan Sepi, Nonny Nadirah Muncul Semula Di IG Pada Hari Sambutan Maulidur Rasul
ARTIKEL BERKAITAN: Enggan Ulas Lanjut, Nonny Nadirah Tampil Mohon Maaf & Mohon Doa Semua Orang - "Setiap Individu Itu Melalui Fasa Ujian Yang Berlainan"
Must-Watch Video