Laman Utama

Mila Menggigil, Tak Percaya Lihat Perubahan Nonny -“Ku Call Mu… Tapi Non Luluh Hati Aku, Jangan Sia-Siakan Hidayah..."

gempak
Mya Amri
26/03/2021
04:31 MYT
Sponsor Banner
Mila Menggigil, Tak Percaya Lihat Perubahan Nonny -“Ku Call Mu… Tapi Non Luluh Hati Aku, Jangan Sia-Siakan Hidayah..."
Penyanyi Mila Jirin akui terkejut sebaik sahaja melihat perubahan pada penampilan terbaharu rakannya, Nonny Nadirah.
Mila menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya merayu agar Nonny tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dari perintah Allah S.W.T.
Mila juga turut mencoretkan nukilan luahan hatinya kepada Nonny dan berharap sahabatnya itu tidak mensia-siakan hidayah yang dikurniakan Tuhan.
“Non, mu adalah seorang yang sangat baik! Bila berpeluang rapat dengan mu (sangat sangat rapat) hingga kita ke Makkah Madinah sama sama tunaikan umrah.
“Mu peluk ku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama sama atas bukit Marwah. Mu peluk aku kuat kuat dan nangis sambil mu ucapkan terima kasih bawa mu ke tanah suci.
“Dekat atas bukit Marwah tu ku cakap pada mu, Allah yang jemput mu kesini, terima kasih pada Allah... Ku puji mu nampak cantik bertudung, ku mohon pada Allah disitu juga agar mu kekal bertudung.
“Alhamdulillah bila mu buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah ku antara hamba Allah yang paling seronok,” coretnya.
BACA: Muat Naik Video Wanita Seksi, Apa Dah Jadi Pada Akaun Instagram Nonny Nadirah?
Tambah Mila lagi dia berasa begitu terkejut dan sedih sebaik sahaja menghubungi Nonny untuk bertanyakan mengenai foto terbaharu di akaun Instagram sahabatnya itu.
“Tapi Non, semalam aku menggigil lihat IG mu... Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non.... Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu.
“Non, ku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah. Non ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah. Non ku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu non!
“Lepas cakap dengan mu, @nurhelizahelmi call ku, kami berdua sangat sedih Non! jika mu sangat sayang persahabatan kita, Non tolong! ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dah Allah hadiahkan buat mu.
“Non semalam, tatkala @bismie_amer whatsapp dan screenshort posting IG mu yang terbaru, ku 100% percaya itu bukan mu!
“Ku cakap pada diri ku, IG mu kena hack ni... tapi Non… LULUH HATI KU NON... Sedih sangat sedih. Ku rasa macam nak ke Sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!
“Non ku tau mu pasti baca posting ku ini... Ingat REZEKI MILIK ALLAH. Usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan.
“Allah sedang uji mu wahai sahabat! Sebab Allah sayang, tolong kuat non! Jangan terpedaya dengan syaitan.
“Terakhir kali, ku mohon Non... Dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia-sia... Ramai yang sayang mu Non... Allah sayang mu... Ikhlas sahabat mu,” tulisnya.
Terdahulu, akaun Instagram (IG) milik pelakon Nonny Nadirah mencuri tumpuan apabila memaparkan sebuah hantaran berbentuk video seorang wanita seksi.
Menerusi hantaran tersebut, wanita itu dilihat memakai visor bagi melindungi wajahnya dan mengenakan seluar pendek sambil duduk di bahagian penumpang belakang sebuah kereta.
Tidak dapat dipastikan kesahihannyam, bagaimanapun ada juga netizen yang membuat andaian bahawa akaun Nonny telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Gempak masih cuba menghubungi Nonny namun belum mendapat jawapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live