Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Noor Nabila Muat Naik Foto Raya Seorang Diri, Netizen Cari Engku Emran

Zulaikha Yusof 17/05/2021 | 03:50 MYT
Tindakan kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila, 37, tidak memuat naik foto bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, pada hari raya Aidilfitri telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Nabila berkongsi gambar seorang diri menggayakan busana raya dengan disertakan ucapan memohon kemaafan.
"Selamat hari raya semua. Maafkan saya jika ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersinggung perasaan, terguris hati.. Semoga kita semua dalam redha Allah swt. Insya-Allah," tulisnya sebagai kapsyen.

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Menjengah di ruangan komen, ada segelintir pengikut yang meminta usahawan itu memuat naik foto sedondon bersama Engku Emran.
"Mana foto dengan suami, nak tengok sedondon.
"Mana gambar laki (suami) baru?
"Mana gambar dengan keluarga ni?" antara komen yang ditulis.
Selain itu, pemilik nama Noor Nabila Mohd Noor turut berkongsi gambar anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad di posting yang berbeza.
Terdahulu, Nabila dan Engku Emran sah menjadi pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 19 Mac lalu.
BACA: Spekulasi Terjawab! Sah, Engku Emran & Noor Nabila Bernikah Hari Ini
Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad.
Manakala, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella namun berakhir dengan perceraian.
Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.
#Noor Nabila #Engku Emran #Raya Aidilfitri
;