Noorkhiriah Pernah Dipandang Serong Pekerja Butik Mewah - “Pelik Kan Manusia Suka Pandang Orang Selekeh Macam Hina Sangat”
Asyikin Mayudin
31/10/2024 23:55 MYT
31/10/2024 23:55 MYT
Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia pernah dilayan sambil lewa oleh pekerja di sebuah butik mewah sewaktu ingin membeli-belah disebabkan penampilannya yang ringkas.
Rasa sedih
Mengimbau kembali saat suaminya, Azfaizul Ahtan membuat kejutan membawa dia memilih hadiah di sebuah butik tas tangan mewa, Noorkhirah mengakui berasa sedih ketika dipandang serong oleh pekerja butik berkenaan.
"Satu masa dulu suami saya buat kejutan bawa ke butik beg tangan mahal. Saya kan selekeh tak reti bergaya, pekerja tu atas bawah pandang saya. Saya sedih.
"Sata keluar dari butik itu dan cakap pada suami, pilihlah yang mana pun saya okay. Sama juga macam tadi (kedai lipstik), acuh tak acuh sahaja layan.
ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tak Kuat, Allahuakbar" - Noorkhiriah
ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah Mohon Maaf Badan Fareez Berbirat Masa Babak Pukul, Fauzi Nawawi Tak Marah - “Tak Apa, Anak Jantan”
"Kadang pelik kan manusia suka memandang manusia selekeh macam hina sangat," katanya Khiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Harga barang mahal
Pada perkongsian yang sama, Khiriah turut memberitahu dia menyimpan hasrat untuk memakai lipstik berjenama mahal namun terkejut apabila melihat tanda harga barangan tersebut.
Bagaimanapun, Khiriah mengambil keputusan untuk membeli lipstik itu kerana menganggap pembelian tersebut sebagai hadiah untuk diri sendiri.
"Bila tengok orang pakai lipstik mahal teringin, tapi seram tengok harga. Cubalah masuk satu butik lipstik mahal ni. Belilah sebatang.
"Wei, macam mana bila keluar jadi empat batang (beli empat). Tak mengapalah, cakap dengan diri nak merasa. Bak kata orang putih reward diri sebelum bekerja," ujarnya.