Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

Firdaus
20/08/2024 06:55 MYT
Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik.

Kongsi Zikir

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif menerusi Instagram Story menyatakan dirinya mengamalkan beberapa zikir untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Mungkin Nora tidaklah sehebat yang lain, tapi antara zikir yang Nora boleh kongsi...

"Mungkin Nora tidaklah sehebat yang lain, tapi antara zikir yang Nora boleh kongsi yang Nora amalkan masa Nora nak sangat dekatkan diri dengan Allah ialah 'Allahumma inni As’aluka Hubbaka Wa Hubba Man Yuhibbuka Wal- ‘Amal al-lazi Yuballighuni Hubbak'".

"Zikir itu untuk mencintai Allah, ingin dicintai Allah dan untuk dekatkan diri dengan orang yang boleh membawa kita dekat dengan Allah," kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 42 tahun tersebut sempat menzahirkan hasratnya untuk menunaikan haji pada tahun hadapan.

"Nora dah buat umrah sebanyak tiga kali, dan Nora teringin sangat buat Haji tahun hadapan. Jadi sama-sama doakan supaya Nora dan anda semua dijemput oleh Allah SWT untuk menunaikan Haji. InsyaAllah," katanya.

BERITA TRENDING: Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

​BERITA TRENDING: Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

​BERITA TRENDING: Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

​BERITA TRENDING: Nora Danish Sebak, Kongsi Detik Penghijrahan - “Kadangkala Malu Dengan Diri Sendiri, Masih Tak Berubah Walau Sering Dengar Ceramah Agama”

Sekadar info, penampilan berhijab Nora sebelum ini menimbulkan tanda tanya ramai pihak di mana ada segelintir yang menyangka bahawa imej berkenaan hanyalah untuk sebuah majlis ilmu.
#Nora Danish #Selebriti #Hijab #Haji #Hijrah #hiburan #Zikir