Hiburan

Masih Dalam Proses Iddah, Nora Danish Terkejut Ada Pihak Sebar Berita Palsu - “Bila Masa Saya Bagi Kenyataan Seperti Itu?”

gempak
Umirah Halim
30/06/2024
09:30 MYT
Sponsor Banner
Masih Dalam Proses Iddah, Nora Danish Terkejut Ada Pihak Sebar Berita Palsu - “Bila Masa Saya Bagi Kenyataan Seperti Itu?”
Pelakon, Nora Danish tampil bersuara susulan ada segelintir pihak yang seakan mengambil kesempatan menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.

Berhenti sebar berita palsu

Jelas Nora, dia meminta agar diberikan ruang dan berharap agar segelintir pihak berhenti menyebarkan berita yang palsu mengaitkan dirinya dan keluarga.
“Lately pelbagai berita yang tidak sahih tentang Nora menjadi tatapan umum.
“Harap dapat memberi ruang untuk Nora dan keluarga bernafas.
“Terima kash kerana keprihatinan anda dan sentiasa mendoakan yg terbaik.

“Pada yang segelintir itu, diharap janganlah sebarkan berita yg tidak betul,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram Story.

Sementara itu, ibu dua anak itu juga menafikan dakwaan sedang mencari ‘suami yang beriman’ seperti yang telah didakwa sesetengah pihak.
@noradanishhanif
❤️
♬ original sound - N O R A D A N I S H
“Saya nampak ada surat khabar itu ada artikel mengatakam saya mencari suami yang beriman, saya terkejut sebab bila masa saya bagi kenyataan seperti itu?

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?

“Saya rasa tidak wajarlah kenyataan itu dikeluarkan sebab saya baru sahaj bercerai, saya masih dalam iddah dan bekas suami saya tengah sakit.
“Jadi tak wajarlah untuk keluarkan statement sebegitu sebab dia akan menimbulkan kesedihan kepada sesetengah pihak,” katanya di dalam satu perkongsian di akaun Tiktoknya.
Untuk rekod, Nora dan bekas suaminya iaitu Nedim Nazri sudah bercerai pada 19 Jun lalu.
BERITA TRENDING: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak

BERITA TRENDING: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah

Menerusi laporan terdahulu, Nora berkata dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.
Malah Nora turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia memilih untuk bercerai dengan bekas suami disebabkan faktor kewangan.
Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.
Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024