Nora Danish Tayang ‘Baby Bump’, Peminat Komen: Harap Dapat ‘Baby Girl’ Comel Macam Awak

Mya Amri
Oktober 11, 2017 05:04 MYT
Peminat berkongsi rasa teruja apabila pelakon Nora Danish memuat naik foto ‘baby bump’nya yang sudah mula kelihatan.
Nora yang kini hamil 16 minggu berkongsi foto tersebut menerusi akaun Instagramnya semalam.
Foto pertama hanya merakamkan bahagian perutnya manakala foto kedua bersama rakan-rakannya.
“#16weekspregnant and 5 months to go,” tulisnya ringkas.
Menerusi ruangan komen, peminat sudah mula meneka jantina bayi di dalam kandungan aktres itu.
Rata-ratanya berharap Nora dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel sama seperti ibunya.
Selain itu, mereka juga turut mendoakan Nora dan bayi di dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
“Comey ‘baby bump’ dah nampak, harap ‘baby girl’ dan ‘cute’ macam awak,” - @hanny_ayunie
“’Baby bump’ Nora Danish nampak besar. Mungkin ‘baby girl’ tak pun kembar,’ - @hidayah83
“’Confirm baby girl’. InshaAllah,’ - @ ez_zuliana
Foto: Instagram @noradanish
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Hamil #Nora Danish #Hamil #Pelakon