Pelakon Norish Karman bersetuju dengan pendapat dramatis Mona Allen mengenai perhimpunan solidariti Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Norish, perhimpunan berkenaan dianggap sebagai perhimpunan cabuk, dengan elemen glam dan populariti.

“Betul sangat my lovely Mona Allen. Kononlah solidariti, yang datang semua kemungkinan berbayar dan ada je element glam dan populariti.

“Such a crappy program. But that’s my two cents opinion,” tulisnya.



Sebelum ini, Mona menerusi perkongsian di Instagram berkata, lebih baik mengerjakan solat hajat di masjid berbanding mengadakan perhimpunan sedemikian.

Seramai lebih 16,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama berhimpun menerusi program Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada Rabu.

Selain Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, barisan pemimpin lain selain selebriti tempatan turut menyertai perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut dilihat sebagai 'pembesar suara' bagi menunjukkan sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan menekan tindakan kejam Israel.

BACA: Siti Nurhaliza Tak Gentar, Hadir Sokong Palestin Di Axiata Bersama 20,000 Rakyat Malaysia​