Hiburan

Norman Hakim Buat Kejutan, Bawa Memey Suhaiza Naik Helikopter Sempena Hari Jadi

Mya Amri
26/03/2017
07:03 MYT
Pelakon Norman Hakim membuat kejutan untuk isteri tersayang, Memey Suhaiza dengan membawanya menaiki sebuah helikopter sempena hari lahirnya yang ke-29.
Memey yang tidak tahu mengenai hal tersebut akur apabila matanya ditutup dengan sehelai kain sebelum dipimpin oleh suaminya menuju ke tempat yang telah ditetapkan.
Sebaik saja tiba ditempat yang dituju, kain penutup matanya dibuka dan Memey terkejut melihat kek serta majlis hari jadi yang dirancang oleh suaminya.
Tidak cukup dengan itu, Norman turut menghadiahkan sebentuk cincin selain membawa isterinya menaiki helikopter pada hari tersebut.
Istimewanya lagi, setiap foto yang dikongsi oleh Norman disertai dengan ucapan sweet khas buat isteri tersayang.
"Buat isteri tersayang @memeysuhaiza . Ya ALLAH, Jadikanlah isteriku, Isteri yang sholehah yang selalu patuh pada semua perintah laranganmu. Isteri yang bisa membantuku lebih dekat kepadaMu.
"Isteri yang bisa membantuku lebih mencintaiMu. Isteri yang selalu patuh kepadaku bila yang aku sampaikan itu benar. Isteri yang bisa membawa kedamaian dalam hidupku.
“Ya ALLAH, Jadikanlah isteriku yang selalu menjaga kehormatanku. Jadikanlah isteriku yang selalu menjaga kehormatannya sendiri. Jadikanlah isteriku ibu yang selalu menjaga kehormatan anak anakku.
“Ya ALLAH, Jadikanlah dia MUMMY yang baik bagi anak anakku, Mampu membimbing anak anakku di jalanMU. Mampu menjaga amanah yang KAU titipkan kepada kami. Amin, amin Ya Rabbal Allamin,” tulisnya.
Dalam pada itu, Norman juga telah berkongsi momen-momen indah itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.
Teks oleh: Mya Amri

MEMEY SUHAIZA 29TH BIRTHDAY Buat isteri tersayang @memeysuhaiza . . Ya ALLAH, Jadikanlah isteriku Isteri yang sholehah yang selalu patuh pada semua perintah laranganmu Isteri yang bisa membantuku lebih dekat kepadaMu Isteri yang bisa membantuku lebih mencintaiMu Isteri yang selalu patuh kepadaku bila yang aku sampaikan itu benar Isteri yang bisa membawa kedamaian dalam hidupku . . Ya ALLAH, Jadikanlah isteriku yang selalu menjaga kehormatanku Jadikanlah isteriku yang selalu menjaga kehormatannya sendiri Jadikanlah isteriku ibu yang selalu menjaga kehormatan anak anakku . . Ya ALLAH, Jadikanlah dia MUMMY yang baik bagi anak anakku Mampu membimbing anak anakku di jalanMU Mampu menjaga amanah yang KAU titipkan kepada kami . . Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. . . Live Update @thephotolicious Lifestyle @ephyra2u Theme & Concept @meylana_ Backdrop & Deco @seryserygallery Go Pro @gocreative.media

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!

gempak
18/07/2024
05:55 MYT
Aktor Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi berhubung imej terkini Abby yang semakin kurus.
Hiburan

Norman Hakim Sampai Jilat Pinggan Makan Masakan Isteri, Netizen Pula Minta Memey Suhaiza Buka Kedai – “Sedap Sangat Tu”

gempak
10/07/2024
09:41 MYT
Perkongsian pelakon Memey Suhaiza mencuri perhatian apabila menyediakan juadah makan malam kepada suaminya yang juga aktor, Norman Hakim, baru-baru ini.
Gaya Hidup

REDLINE Fitness Games Kini Kembali, Norman Hakim & Danish Antara Peserta Bakal Berentap!

gempak
09/07/2024
18:25 MYT
Selepas mencipta kejayaan tahun lalu, REDLINE Fitness Games sekali lagi bakal memberikan pengalaman yang lebih menggembirakan buat peminat kecergasan menerusi semangat pertandingan.
Hiburan

Dikatakan Kerap Tayang Marissa, Netizen Persoal Mana Danisha? Abby Abadi Jawab - “Ada Sebablah Kalau Gambarnya Kurang”

gempak
05/07/2024
00:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi tampil menjawab persoalan netizen mengenai keberadaan seorang lagi anak perempuannya iaitu Maria Danisha Hakim.
Hiburan

“Papa Sayang Adik, Sayang Aslam & Sayang Umisya” - Norman Hakim Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Marissa Dania

gempak
02/07/2024
03:41 MYT
Pelakon Norman Hakim mengamit memori ketika dia menerima ‘surat cinta’ daripada Marissa Dania Hakim yang waktu itu berusia 10 tahun.