HIBURAN
Norman Hakim Kongsi Momen Terakhir Ibu Bersama Arwah Bapa - “Selama 48 Tahun Hidup, Tak Pernah Nampak Mak Keluar Air Mata”
Pelakon, Norman Hakim mengimbas kembali momen terakhir sebelum bapanya, Zaidon Abdul Rahim meninggal dunia.
48 tahun hidup tak pernah lihat ibu menangis
Menurut Norman, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah melihat ibunya mengalirkan air mata.
Namun ibunya tewas apabila suami tercinta pergi buat selamanya.
“Masa ni mak cakap ‘Cik Don… Saya reda awak pergi. Tanggungjawab saya jaga awak sampai kat sini sahaja.
“Ampunkan semua salah silap saya pada awak. Saya ampunkan kalau ada salah silap awak pada saya selama kita hidup sama-sama. Kita jumpa dekat 'sana' nanti. Awak tunggu saya okay.’