Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Norman Hakim Syukur Marissa Dania Kongsi Rezeki Belanja Family Makan Malam, Abby Abadi Titip Pesan Pada Anak-Anak – “Apa Keadaan Sekalipun…”

Khairil Khusyairi
08/11/2024 12:50 MYT
Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania sekali lagi mencuri tumpuan di media sosial.

Marissa Belanja Family Dinner

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Norman Hakim berkongsi momen-momen dia bersama keluarga besarnya ketika makan malam di sebuah restoran.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah, Norman meluahkan rasa bersyukur apabila Marissa Dania berkongsi rezeki dengan membelanja seluruh ahli keluarganya.

“Thank you Tanggecey Papa @marissadania_ kumpulkan semua atas asbab nak berkongsi rezeki belanja kitaorang semua dinner malam ni.

“Papa, mama, mummy, abah & abang, adik-adik doakan adik sentiasa dimurahkan dengan rezeki yang tak terbatas dengan izinNya. Alhamdulillah thanks again Sayang,” kongsi Norman.

Abby Titip Pesan Pada Anak

Dalam pada itu, Abby Abadi turut mendoakan kesejahteraan anak-anaknya sekaligus berharap ikatan kekeluargaan mereka terjalin sampai bila-bila.

“Bertahan demi syurga Allah, Amin. Anak-anak Mama @danishhakimofficial @marissadania_ @m_danishaa jaga diri elok-elok.

“Apa keadaan sekalipun, kemana-mana, solat aurat jaga ok. Mama Abah, Papa Mummy sayang sangat dekat korang semua. Semoga ikatan kasih sayang ini hingga ke Syurga Firdausi,” tulisnya.

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.

Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Jadi Target Netizen, Marissa Dania Komen - “Tak Ada Niat Pun Nak Tarik Perhatian…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Ketepikan Mama…” - Marissa Dania Jawab Isu Hubungan Dengan Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Kata Sindiran, Marissa Dania Tak Nak Sekat 'Haters' - "Biarkan Satu Atau Dua, Jadi Mereka Boleh..."

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Sambut Hari Lahir Danisha, Kehadiran Marissa Dania Pula Tarik Perhatian Netizen - “Mama Sayang Semua Anak-Anak…”

#Abby Abadi #Norman Hakim #Marissa Dania #Pesan #Anak-Anak #Family #Belanja
;