Hiburan

Norreen Iman Kongsi Momen Tunai Umrah Dengan Tya Adnan - “Bila Nampak Kaabah, Aku Banyak Speechless”

Asyikin Mayudin
03/04/2024
03:55 MYT
Sebulan sudah berlalu, pempengaruh media sosial dan pelakon Norreen Iman meluahkan rasa rindu momen ketika menunaikan umrah bersama rakan baiknya, Tya Adnan.
Menerusi perkongsian Norreen di Instagram, isteri kepada aktor Shukri Yahaya itu banyak mengajar mengenai ibadah sepanjang mereka berada di Tanah Suci.
“Sudah sebulan sejak kami balik dari Makkah/Madinah. Saya rindu semuanya. Noin (Norreen) rindu Tya juga. Tya banyak mengajar saya. Wallahi, saya tak tahu apa-apa.
“Bila nampak Kaabah, aku banyak speechless, tapi Tya la yang ajar nak baca zikir itu ini, nak solat apa, nak buat apa.
“Di saat aku macam mula nak rasa ‘layback’, adanya Tya kat sebelah aku yang non stop doing her ibadah, she influenced me to do the same,” katanya.

Anggap Perancangan Yang Terbaik

Pada perkongsian yang sama, Norreen juga menganggap mengajak Tya bersama-sama menunaikan umrah merupakan perancangannya yang paling terbaik.
“Mengajak dia untuk pergi umrah bersama saya adalah perancangan yang terbaik saya pernah buat. MasyaAllah. Insya-Allah ada rezeki kita pergi sama-sama lagi. Amin,” ujarnya.
Rata-rata netizen memuji persahabatan antara Norreen dan Tya yang dilhat sebagai kawan sejati.

BERITA TRENDING: “Bila saya hijrah macam ni, ada yang menjauhkan diri”- Norreen Iman | Motif Trending

BERITA TRENDING: Norreen Akui Rezeki Murah Lepas Pulang Umrah - “Saya Ada Di Rumah Waktu Malam Saja”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa

gempak
10/07/2024
04:55 MYT
Berita mengenai seorang pempengaruh di aplikasi TikTok didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber mendapat perhatian semua pihak.
Hiburan

Anak Perempuan Norreen Iman Jadi Mangsa Buli - “Kena Sepak, Tolak, Ni Kaki Dah Luka…”

gempak
16/05/2024
01:55 MYT
Pelakon Norreen Iman mendedahkan anak perempuannya iaitu Ellen menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan puterinya itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Viral

Pengasas Bulan Bintang Berhabis RM200,000 Untuk CSR Kempen Sinar Ramadan, Tambah 10 Hadiah Pakej Umrah!

gempak
01/04/2024
11:57 MYT
Azzim Zahid Azmi memperuntukkan kira-kira RM200,000 untuk kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.
Hiburan

Netizen Minta Tips Untuk Suami Isteri, Ini Respons Shila Amzah - “Jangan Berhenti Bercinta Walaupun…”

gempak
28/03/2024
04:55 MYT
Shila kongsi tips.
Viral

Nelysa Norazlan Kesal Tak Pandai Luah Rasa Sayang - “Salah Aku Sebab Didik Diri Jadi Kuat, Maafkan Aku Abah”

gempak
26/03/2024
01:53 MYT
Al-fatihah untuk arwah bapa Nelysa.