Terkini
Norreen Akui Rezeki Murah Lepas Pulang Umrah - “Saya Ada Di Rumah Waktu Malam Saja”
Pelakon dan pencipta kandungan, Norreen menzahirkan rasa teruja dengan kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini.
Norreen ketika ditemu bual Gempak berkata, rasa itu datang kerana dia sendiri mahu meraikan maksud bersederhana yang ada di sebalik bulan mulia ini.
“Jujurnya, saya tidak sabar tunggu bulan Ramadan. Sebab bulan Ramadan ni bulan yang bukan sahaja buat kita beringat pada diri kita, malah kepada orang lain juga.
“Selain mengingatkan kita untuk hidup bersederhana, bulan Ramadan juga merupakan waktu kita raikan setiap momen bersama.
“Bulan Ramadan juga aktiviti berjalan seperti biasa. Ia sama sekali tidak menjadi penghalang buat diri saya untuk terus aktif ketika berpuasa. Kita makin sihat kan,” ujar Norreen.
Ditanya bagaimanakah jadual kerjanya ketika ini, Norreen berkata: “Alhamdulillah, lepas balik umrah, saya ada di rumah waktu malam saja. Banyak meeting dan perbincangan pasal kerja.
“Sebelum ni ada rasa macam ada ke tidak kerja. Tapi rezeki Allah dah aturkan, alhamdulillah,” katanya lagi.
Terdahulu, Norreen mengejutkan ramai orang apabila tampil mengenakan tudung selain memadamkan gambar-gambar lamanya.
BERITA TRENDING: Ikhlas Berhijab, Norreen Tak Cuba Guna Agama Untuk Dapat Perhatian - “Saya Tahu Kenapa Saya Nak Berubah”
BERITA TRENDING: Sudah Bertudung, Norreen Akui Masih Sama Seperti Dulu - “I Still The Same Me”
Must-Watch Video