Noryn Aziz Menangis Bincang Isi Lagu Kertas Dengan Amylea - "Ia Jeritan Batin Kepada Tuhan, Terkenang Peristiwa ..."
Amri Hassan
05/04/2024 11:34 MYT
05/04/2024 11:34 MYT
Tidak ada yang lebih mengujakan buat Noryn Aziz saat membuka tahun 2024 dengan sebuah cetakan baharu dalam sejarah karier seninya.
Setelah sangat sinonim dengan genre Jazz, R&B dan Soul, Noryn membuktikan selaku penyanyi beliau mempunya kredibiliti yang besar dalam ruang lingkup nyanyiannya.
Ironi, Kertas adalah sebuah karya Ketuhanan yang menurut Amylea sangat sesuai dilagukan oleh Noryn.
“Kertas mencabar diri saya mencuba sesuatu yang baharu, sesuatu yang saya takuti tidak dapat dilakukan dengan baik.
“Untuk pertama kalinya saya menyanyikan lagu dari genre Pop Balada Melayu.
“Dari segi vokal, ia agak berlainan kerana kali ini saya mencabar vokal saya menyanyikan nada tinggi dengan teknik vokal yang berlainan. Jadi saya dapat terokai nyanyian di luar kotak,” kata Noryn mengenai Kertas.
Tidak cukup dengan itu, Noryn berasa bonus berganda apabila Kertas dicipta khusus oleh Amylea untuk menjadi runut bunyi Khun:sa sentuhan magis sutradara, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat.
“Saya amat mengidamkan untuk bekerjasama dengan Amylea dan Shahrulezad. Jadi apabila tawaran dan tahu Kertas dicipta khusus untuk drama Khun:sa, saya amat berbesar hati.
“Mereka adalah tim yang banyak melahirkan karya-karya hebat dan berkualiti, lain serta tidak cliche. Dan menjadi sebahagian daripada tim ini adalah sebuah penghormatan buat saya,” katanya lagi.
“Lagu Kertas adalah lagu yang meruntun jiwa dan memiliki emosi yang agak berat mengenai kesedihan dan dugaan takdir kehidupan.
“Sejujurnya saya menangis sewaktu berbincang tentang isi lagu ini dengan Amylea kerana terkenang peristiwa-peristiwa yang pernah saya alami.
“Ia adalah lagu mengenai jeritan batin seorang hamba yang sedang mengadu kepada Tuhan. Merintih atas apa yang berlaku terhadap dirinya.
“Kadang kita sebagai manusia ada kala mempersoalkan mengapa sesuatu terjadi.
“Jeritan batin di dalam diri yang tidak mampu lagi tertanggung dengan dugaan bertalu talu terasa seperti tiada erti nya lagi kehidupan ini. Mula tercari cari jawapan… mengapa? Mengapa aku? Mengapa?
“Yakinlah!! ALLAH sentiasa mendengar dan jangan berputus asa dan bersangka buruk dengan DIA.
“Langit tak sentiasa cerah, awan tidak sentiasa mendung dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.
“Sebab itu saya sifatkan Kertas sangat istimewa kerana mempunyai pengertian yang cukup dalam untuk kita sebagai manusia renungkan bersama,” ujar Noryn.
Setelah sangat sinonim dengan genre Jazz, R&B dan Soul, Noryn membuktikan selaku penyanyi beliau mempunya kredibiliti yang besar dalam ruang lingkup nyanyiannya.
BERITA TRENDING: Khunsa: “Nasib Baik Dia Tak Melatah” - Ketuk Kepala Azhan Rani, Sherry Alhadad Menggigil
Kertas, lagu terbaharu nyanyiannya yang saat ini sedang mencuri perhatian peminat apabila menjadi runut bunyi drama bersiri Khun:sa adalah bukti nyata kemampuan seorang Noryn Aziz sebagai penyanyi wanita tanah air yang patut dibanggakan.PILIHAN PEMBACA: Azhan Rani Terkilan Khunsa Jadi Mangsa Cetak Rompak - “Tak Rasa Sebab Bukan Usaha & Kerja Anda Yang Dirompak”
Pop Balada Melayu pertama Noryn Aziz
Karya sepenuhnya oleh komposer wanita berbakat besar, Amylea Azizan, Kertas yang dibalut dalam nuansa Pop Balada Melayu dialun dengan cukup gemersik oleh Noryn.Ironi, Kertas adalah sebuah karya Ketuhanan yang menurut Amylea sangat sesuai dilagukan oleh Noryn.
“Kertas mencabar diri saya mencuba sesuatu yang baharu, sesuatu yang saya takuti tidak dapat dilakukan dengan baik.
“Untuk pertama kalinya saya menyanyikan lagu dari genre Pop Balada Melayu.
“Dari segi vokal, ia agak berlainan kerana kali ini saya mencabar vokal saya menyanyikan nada tinggi dengan teknik vokal yang berlainan. Jadi saya dapat terokai nyanyian di luar kotak,” kata Noryn mengenai Kertas.
BERITA TRENDING: 8 Tahun Menunggu, Mila Jirin Dapat Izin Suami Lancar Lagu Sandera! - "Banyak Perkara Saya Korbankan"
Mengidam kerja dengan Amylea & Shahrulezad
Tambahnya, kekuatan Kertas juga bukan hanya bergantung kepada beliau selaku penyanyi tetapi kredit perlu diberikan kepada Amylea yang tidak pernah gagal menghasilkan sebuah karya cemerlang.Tidak cukup dengan itu, Noryn berasa bonus berganda apabila Kertas dicipta khusus oleh Amylea untuk menjadi runut bunyi Khun:sa sentuhan magis sutradara, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat.
“Saya amat mengidamkan untuk bekerjasama dengan Amylea dan Shahrulezad. Jadi apabila tawaran dan tahu Kertas dicipta khusus untuk drama Khun:sa, saya amat berbesar hati.
“Mereka adalah tim yang banyak melahirkan karya-karya hebat dan berkualiti, lain serta tidak cliche. Dan menjadi sebahagian daripada tim ini adalah sebuah penghormatan buat saya,” katanya lagi.
PILIHAN PEMBACA:Kening Halus Sherry Alhadad Trademark Khunsa! - "Cerita Ini Bermain Dengan Zaman"
Kertas cerita jeritan batin
Bercerita lebih lanjut, Noryn menyifatkan Kertas sebagai sebuah karya yang cukup istimewa. Ia kata Noryn lagi secara umumnya bercerita tentang jeritan batin seorang manusia yang pasrah kepada Ilahi.“Lagu Kertas adalah lagu yang meruntun jiwa dan memiliki emosi yang agak berat mengenai kesedihan dan dugaan takdir kehidupan.
“Sejujurnya saya menangis sewaktu berbincang tentang isi lagu ini dengan Amylea kerana terkenang peristiwa-peristiwa yang pernah saya alami.
“Ia adalah lagu mengenai jeritan batin seorang hamba yang sedang mengadu kepada Tuhan. Merintih atas apa yang berlaku terhadap dirinya.
“Kadang kita sebagai manusia ada kala mempersoalkan mengapa sesuatu terjadi.
“Jeritan batin di dalam diri yang tidak mampu lagi tertanggung dengan dugaan bertalu talu terasa seperti tiada erti nya lagi kehidupan ini. Mula tercari cari jawapan… mengapa? Mengapa aku? Mengapa?
“Yakinlah!! ALLAH sentiasa mendengar dan jangan berputus asa dan bersangka buruk dengan DIA.
“Langit tak sentiasa cerah, awan tidak sentiasa mendung dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.
“Sebab itu saya sifatkan Kertas sangat istimewa kerana mempunyai pengertian yang cukup dalam untuk kita sebagai manusia renungkan bersama,” ujar Noryn.
BERITA TRENDING: Khunsa Dapat Sokongan JAKIM, Shahrulezad; "Ini Bukan Isu Transgender, Bukan Isu LGBT!"
Dengan keindahan yang telah diciptakan terhadap lagu kertas dan drama bersiri Khun:sa, Noryn berbesar hati agar kedua-dua karya ini mendapat sambutan positif dan menerima apresiasi dalam kalangan pendengar serta penonton.
#Penyanyi
#Viral
#Lagu
#OST
#Amylea Azizan
#Noryn Aziz
#Shahrulezad Mohameddin
#Melayu
#Pop
#Balada
#Khunsa
#Kertas