Pelakon popular Daniel Radcliffe mengesahkan tidak mengidap coronavirus seperti yang tular di media sosial.

Menerusi laman sosial Twitter, satu kicauan daripada akaun palsu BBC News, @BBCNewsTonight telah menimbulkan kekecohan apabila mendedahkan pelakon yang popular dengan watak Harry Potter itu positif coronavirus.

“GEMPAR: Daniel Radcliffe disahkan positif coronavirus. Pelakon itu dikatakan orang popular pertama yang disahkan terkena,” tulis pengendali akaun palsu tersebut.

Memetik laporan Huffpost, wakil Radcliffe mengesahkan bahawa berita tersebut tidak betul.

Menurut jurucakap Twitter pula, akaun palsu tersebut difahamkan telah digantung kerana berunsur ‘platform manipulation’.

Sehingga kini, Coronavirus atau Covid-19 telah mencatatkan angka 119,260 bagi keseluruhan kes di seluruh dunia dengan 4,287 jumlah kematian.