Hiburan

Nourul Depp Geram! Netizen ‘Sedap Mulut’ Tuduh Dah Bercerai - “Nanti Mati, Baru Nak Menyesal Jika Tidak Diampunkan”

gempak
Mya Amri
26/08/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Nourul Depp Geram! Netizen ‘Sedap Mulut’ Tuduh Dah Bercerai - “Nanti Mati, Baru Nak Menyesal Jika Tidak Diampunkan”
Penyanyi, Nourul Depp meluahkan rasa geram dengan sikap individu yang gemar membuat spekulasi mengenai perkahwinannya tanpa mengetahui kepastian tentang sesuatu cerita.

Jangan sibuk hal orang

Nourul menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya menasihatkan individu berkenaan supaya tidak mencampuri atau mengambil tahu tentang hal rumah tangga orang lain.
Hantaran itu juga turut disertakkan dengan tangkap layar pertanyaan individu tersebut di ruangan mesej Facebook milik Nourul.
“Mesej dari seorang pengikut di FB. Ya Allah mai mana pulak kisah ni?

“Tips untuk semua, tolong jangan baca berita mengarut dalam blog atau mana-mana sumber yang tidak realistik atau tidak boleh dipercayai.

“Jika anda suka gosip, memang akan baca gosip sahaja. Daripada itu, baca kisah sejarah dunia, buku-buku pembangunan diri lebih baik.
“Sekurang-kurangnya bagi anda pengetahuan. Kisah manusia lain yang berjaya bukan kisah manusia yang tidak bagi you apa apa. Apa lah depa ni. Tak faham kami,” tulisnya.

Dakwaan berbaur fitnah

Dalam pada itu, Nourul juga berkata dakwaan itu boleh menjurus kepada fitnah sekiranya tidak benar.
“Kepada pembawa cerita yang bukan-bukan yang menjuruskan ke fitnah, sedarlah. Kamu takkan ke mana pun.

“Nanti mati, baru nak menyesal jika tidak diampunkan. Ada tak undang-undang penjara seumur hidup untuk manusia macam ni?” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sedar Nama Dipetik Selepas Konsert Ajai, Nourul Depp Mohon Peminat Tak Buat Perbandingan - “Siapa Pun Boleh Menyanyi Lagu Keliru, Semua Ada Cara Tersendiri”

ARTIKEL BERKAITAN:Ajai Akui Agak Mustahil Untuk Kembali Berduet Dengan Nourul Depp - “Tiada Masalah Dengan Dia, Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Ajai Dedah Ayu, Nourul Dah Berbaik Semula! - "Dua-Dua Dah Dewasa..."

ARTIKEL BERKAITAN:"Bukan Sombong, Tapi Saya Tak Buat Review Semata Nak Buat Duit" - Nourul Depp

Untuk info, Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, Raphael, dan Isabella
Sementara, menerusi perkahwinan terdahulunya bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live