Pelakon Datin Seri Umie Aida memilih nama Nur Aisya untuk anak angkat ketiganya.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Umie berkongsi momen semasa majlis tahnik yang diadakan bersama Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin.

"Alhamdulillah rezeki Nur Aisya dapat bertahnik dengan Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin.

"Semoga dapat barakah para Ulama dan menjadi anak solehah dan taat pada perintah Allah.

"Dan sentiasa di dalam rahmat Allah dan diberkatinya. Amin," tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Umie tumpang gembira dan mendoakan semoga bayi itu menjadi seorang anak yang solehah.

Sebelum ini, Umie telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25.

Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bernikah pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.

BACA: "Ku Terima Amanah Ini & Akan Menjaganya Sebaik Mungkin" - Umie Aida Ambil Anak Angkat Ketiga

Alhamdulilah.. rezeki Nur Aisya dapat bertahnik dengan Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin . Semoga dapat barakah para Ulama dan menjadi anak yang solehan & taat pada perintah Allah. Dan sentiasa didlm rahmat Allah dan diberkatiNYA. Aamiin #bertahnik #sunat

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on