Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Nur Menang Besar Di Anugerah DFKL2019

Zulaikha Yusof
07/04/2019 15:31 MYT
Drama Pilihan Nur yang dilakonkan pasangan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli berjaya mendominasi enam buah trofi sewaktu berlangsungnya majlis anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) malam ini.

Berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), teraju utama drama tersebut, Syafiq Kyle dan Amyra Rosli diumumkan sebagai pemenang kategori Pasangan Pilihan.

Selain memenangi kategori Penulis Skrip dan Pengarah Pilihan menerusi kemenangan Shahrulezad, sekali lagi Syafiq Kyle memperoleh trofi kemenangan dalam kategori Aktor Pilihan malah kategori Antagonis Pilihan dimenangi oleh Azhan Rani.



Di samping itu, Janna Nick berjaya mempertahankan trofi kemenangan selepas memenangi kategori Aktres Pilihan menerusi drama Semerah Cinta Humairah.

Malam Anugerah DFKL 2019 dihoskan oleh Awal Ashaari ditemani oleh barisan penyampai anugerah seperti Amyra Rosli, Remy Ishak, Izzue Islam, Datuk Fizz Fairuz, Hannah Delisha, Zara Zya dan ramai lagi.

Anugerah DFKL 2019 turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Anuar Zain, Hafiz Suip, Hazama & Penglipur Lara, Sarah Suhairi, De Fam serta persembahan sketsa salingan mencuit hati oleh Mark Adam, Achey, Ain Edruce dan Ropie.

Gempak mengucapkan tahniah kepada semua pemenang DFKL 2019.

Berikut adalah senarai pemenang DFKL 2019:

Drama Pilihan: Nur - Radius One Sdn Bhd

Pengarah Pilihan: Shahrulezad (Nur)

Penulis Skrip Pilihan: Shahrulezad (Nur)

Aktor Pilihan: Syafiq Kyle (Nur)

Aktres Pilihan: Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)

Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)

Antagonis Pilihan: Azhar Hani (Nur)

Lagu Pilihan: Haqiem Rusli & Aman RA - Jatuh Bangun (Shah & Zam)

Drama Pendek Pilihan: 
Orang Kita (Mohamad Edzuan) 
Nelayan Siblings (Creative Details Filming)

Drama Rantaian Bahasa Cina Pilihan: My Sensei Nyonya - Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd
#Drama #nur #DFKL