Laman Utama

Nurul Asma Alya Terharu Rakyat Malaysia Prihatin – “Bukan Ebit Lew Sahaja Tetapi MARA, NGO, Wakil Kerajaan Negeri, KPT Turut Beri Sokongan…”

gempak
Fiza Kamarudin
11/02/2021
14:05 MYT
Sponsor Banner
Nurul Asma Alya Terharu Rakyat Malaysia Prihatin – “Bukan Ebit Lew Sahaja Tetapi MARA, NGO, Wakil Kerajaan Negeri, KPT Turut Beri Sokongan…”
Pelajar cemerlang dari Tumpat, Kelantan, Nurul Asma Alya Mohamad Zainai Abidin, 21, bersyukur dan terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia.
Bekas pelajar Kolej Profesional Mara (KPM), Indera Mahkota itu sebelum ini dilaporkan tidak dapat menyambung pengajian kerana kekangan kewangan.
Bagaimanapun kata Nurul Asma, selepas kisahnya disiarkan Astro AWANI pelbagai pihak tampil untuk membantu termasuk yang terbaharu adalah pendakwah terkenal Ebit Lew.
Selain Ebit, Nurul Asma Alya berkata, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Yayasan Pelajaran Mara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil kerajaan negeri adalah antara yang tampil menghulurkan sumbangan dan sokongan.
Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya...
Posted by Ebit Lew on Wednesday, 10 February 2021
Selain itu, dia turut memaklumkan menerima kunjungan dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak termasuk orang persendirian yang sangat prihatin.
"Antara yang menghubungi saya juga ialah pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menawarkan biasiswa bagi menyambung pengajian peringkat ijazah dalam negara. Bagaimanapun, saya terpaksa menolak tawaran itu dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga.
"Ini kerana saya ingin mengambil kursus profesional 'The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)', bahkan beberapa pihak juga menasihatkan saya untuk mengambil ACCA," katanya kepada Astro AWANI.
Nurul Alya juga kini semakin bersemangat untuk menyambung pengajian di dalam negara selepas segala kelengkapan termasuk tablet dan komputer riba sudah dimiliki.
Ibunya, Nuriha Mohd Nor, 55, turut terharu dengan bantuan yang datang mencurah-curah termasuk sumbangan kewangan yang mana ia kini disifatkan lebih daripada mencukupi.
"Siapa sangka dalam satu hari, selepas berita mengenai Alya disiarkan Astro AWANI, kesannya mengejutkan, Allah permudahkan segalanya, semoga Allah membalas jasa baik dan saya mendoakan agar penyumbang dan semua pihak terlibat mendapat rahmat Allah," katanya dalam nada sebak.
Nurul Asma Alya sebelum ini mendapat perhatian Astro AWANI selepas menyatakan terputus bekalan makanan dan tidak dapat menyambung pengajian akibat kekangan kewangan.
Keadaan lebih meruncing apabila Nuriha tidak dapat berkerja kerana kantin sekolah tempatnya mencari rezeki ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live