Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Dipukul Hafidz Roshdi

Gempak
12/07/2024 04:25 MYT
Bekas isteri kepada aktor sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menarik balik kes dakwaan dicederakan oleh aktor itu pada tahun lalu.

Tarik Balik Laporan

Peguam kepada Hafidz Roshdi iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan Shuhada telah menarik semula laporan tersebut pada 6 Julai lalu.

“Pengadu dalam kes ini (Shuhada) telah buat laporan tarik balik pada 6 Julai lalu. Pihak polis dan pihak peguam juga telah terima daripada peguam Shuhada.

“Keterangan tambahan akan diambil daripada pengadu bagi prosedur pendakwaan untuk pastikan kandungan laporan tersebut.

“Mereka perlukan masa sedikit dan hakim setuju serta beri tempoh dua minggu,” katanya ketika ditemui pemberita.

Hafidz, Nurul Shuhada Berdamai Secara Baik

Enggan kes berlarutan, Akberdin memaklumkan kedua-dua pihak telah berdamai secara baik.

“Sebenarnya pihak-pihak telah selesaikan perkara ini dengan cara baik. Jadi disebabkan itu kedua pihak telah bersetuju selesaikan cara baik dan Shuhada pun akan tarik balik laporan tersebut.

“Tiada unsur provokasi, mereka selesaikan semua isu rumah tangga mereka secara baik, jadi pihak pengadu juga telah menarik balik laporan.

“Sebelum laporan polis dibuat, kedua-dua pihak ada berbalas kenyataan dan pendirian masing-masing tetapi sudah selesai selepas mereka berdamai, jadi semua isu berkenaan rumah tangga sudah selesai,” ujarnya.

Tiada Elemen Paksaan & Ugutan

Dalam pada itu, Akberdin turut menegaskan laporan tarik balik yang dibuat Shuhada tiada elemen paksaan dan ugutan namun diselesaikan secara baik.

“Semua diselesai cara baik. Tiada elemen paksaan dan ugutan tapi apapun pihak pendakwaan akan buat pengesahan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak Gelar Aku Janda Ke, Anj*ng Ke, Tak Kisah! Ini Bukan Fasal Tak Move On Tapi..." - Shuhada

ARTIKEL BERKAITAN: Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Culas Beri Nafkah, Hafidz Roshdi Tampil Pertahankan Diri - "Fitnah Yang Menjijikkan & Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan"

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?

ARTIKEL BERKAITAN: "Allah Bagi Saya Peluang Kedua" - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang

“Laporan yang dibuat itu adalah ekoran daripada penyelesain yang telah dicapai. Dalam laporan itu dengan jelas telah dinyatakan tiada paksaan dengan sukarela dibuat.

“Jadi pihak berkuasa perlu sahkan,” ujarnya lagi.

Difahamkan Shuhada tidak hadir kerana tidak berapa sihat.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.

Pelakon itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada 3.22 pagi pada 2 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Namun, mereka bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas media.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.

Hafidz yang juga finalis program pencarian bakat, Hero Remaja Edisi 2011/2012 berkahwin dengan cinta pertamanya, Athira Yuhada di Glenmarie, Shah Alam pada 15 Disember lalu.
#Hafidz Roshdi #Pukul #Nurul #Kes #Tarik #Shuhada