Drama yang berjaya membuatkan emosi penonton turun naik iaitu Nusyuz Berkiblat Cinta bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Lakonan mantap Fikry Ibrahim sebagai Adam dan Emma Maembong sebagai Hawa memainkan peranan penting dalam naskhah tersebut.

Terbaharu, sedutan episod akhir Nusyuz Berkiblat Cinta menarik perhatian penonton di mana bait-bait ayat dan juga kata-kata sinis yang diberikan Adam kepada Hawa membuatkan ramai yang rasa puas hati.

“You jadi malaikat sekarang ni kenapa tak bagitahu orang lain apa yang you buat dekat I? Apa yang you suruh I cakap dekat family I dan kawan-kawan I?

“Macam nilah, you teruskan pakai tudung, you jadikan ni topeng untuk tutup hati hitam you tu.

“You ingat sini, you dah banyak buat dosa. Mula-mula you nusyuz dengan suami you, you jadi anak derhaka, sekarang nak jadi munafik pula?” ujar Adam sambil berlalu pergi.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

Melihat kepada klip pendek itu sahaja sudah cukup membuatkan penonton tidak sabar menunggu episod akhir yang akan ditayangkan Ahad ini.

Rata-rata mereka juga berasa gembira kerana Adam akhirnya bersuara selepas bercerai dengan Hawa.


Apakah bakal terjadi kepada Adam dan Hawa? Adakah mereka akan berbaik semula?

Sama-sama kita nantikan.

Saksikan episod akhir Nusyuz Berkiblat Cinta pada Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan platform penstriman Astro Go serta Ultra Box.