Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

Asyraf Roslan
16/09/2024 00:50 MYT
Persembahan penyanyi, Shila Amzah dalam program Singing With Legends di China mendapat pujian daripada rakyat Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.


“Crying.. you sound so good,” kata Buani.

“Okay seminggu ni saya akan ulang dengar ni sahaja la ya,” ujar HazimJim di ruangan komen.

“Jumpa di Final jelah kalau macam ni. Sangat bagus,” kata Shahir pula.


“Sha you sound so amazing! Wanna cry,” kata Littlebird.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."
ARTIKEL BERKAITAN: Syada Rindu Shila, Jelas Status Hubungan Keluarga Terkini - "Kami Tak Bercakaran, Tapi…"


Meskipun memperoleh pujian dan kata-kata semangat, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah,35, berkongsi bahawa dia sangat gementar jika dia akan merosakkan persembahannya dalam program yang sudah memasuki edisi keenam.

“Baru lepas beranak ni memang emosi la.

“Saya nervous sangat masa ni, takut saya rosakan persembahan tapi terima kasih,” balas Shila kepada salah satu komen yang memuji persembahannya.


Namun ada yang tidak percaya dengan kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa Shila menyampaikan lagu tersebut dengan sangat baik.

Rancangan 13 episod yang melibatkan artis lama dan baharu itu sedang berlangsung di Wuxi serta Shanghai, China.

Shila juga sebelum ini pernah menyertai pertandingan I Am A Singer dan pernah menjuarai program nyanyian Asian Wave pada tahun 2012.

#China #Shila Amzah #Singing With Legends