Kisah ular masuk dalam rumah bukanlah satu berita baharu. Namun, ia merupakan satu insiden yang ditakuti ramai orang, memandangkan ular merupakan reptilia berbahaya.

Hal ini yang dilalui oleh pelakon Dayana Roza dan suaminya selepas menikmati hidangan sahur sebentar tadi.

Dayana turut merakamkan detik-detik cemas ketika pasukan bomba datang untuk menangkap ular yang dipercayai jenis sawa itu.

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)


“Ular try nak makan Leo (burung kakak tua peliharaan) tapi tak berjaya, lepas itu dia lari menyorok dalam pond sebab terkejut dengan laki I agaknya.

“Nasib la my husband lepak depan rumah time lepas sahur. Panic I dengar my husband menjerit ingat ada perompak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dayana sempat mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba yang bertungkus lumus menangkap ular tersebut.

“Thank you abang-abang bomba dari Balai Bomba Ampang. Laju dia orang sampai tadi. Memang betul-betul cepat dan mesra. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Menerusi ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa terkejut tentang bagaimana seekor ular boleh masuk ke kawasan perumahan.

“Jangan disangka taman perumahan tiada ular,” respons seorang netizen.

​“Syukur takda apa. Allah gerakkan hati husband you untuk lepak kat luar… kalau tak maybe kita pun tak tau mana dia pergi nanti. Lagi bahaya kan,” luah seorang lagi pengikut Dayana.