Yayasan Ammirul Ummah (YAU), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diasaskan di Terengganu, melancarkan Program Wakaf 10,000 Naskah Al-Quran bagi mempertingkatkan lagi pembangunan Islamiah di rantau Asia Tenggara.
Program itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan YAU, Ibrahim Ridhwan Ismail serta Premier Volunteer YAU, Seniwati Fauziah Ahmad Daud, di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Hulu Kelang.
Turut hadir ramai personaliti terkenal seperti Kismah Johar, S Atan, Sandakiah Aziz, Aiman Badrul dan Zaidi Omar.
Ibrahim berkata, kesemua 10,000 naskah Al-Quran yang mempunyai terjemahan itu akan diwakafkan ke Jawa Barat, Indonesia. Ia sekali gus melengkapkan jumlah 50,000 naskah yang diwakafkan kepada pelbagai pihak bagi tahun 2022 ini.
"Tahun lalu (2021), sebanyak 135,000 Al-Quran telah kami wakafkan kepada umat Islam di Indonesia seperti di Lombok, Sulawesi Utara, Bali, Papua Barat, Maluku dan Riau," jelasnya.
Beliau berkata, segala program kebajikan yang dibuat atau disertai oleh YAU adalah menerusi sumbangan derma daripada individu dan badan-badan korporat.
YAU yang ditubuhkan pada 22 April 2001 telah menjalankan pelbagai program amal bagi membantu masyarakat Islam di Malaysia dan luar negara.
Ia merangkumi program bercorak kemanusiaan, pembangunan sosio-ekonomi dan kesihatan. Ini termasuklah wakaf Al-Quran, wakaf masjid, bantuan bencana alam, sumbangan bakul makanan untuk asnaf dan pelajar miskin serta sumbangan kerusi roda untuk golongan OKU.
Kata Ibrahim lagi, sehingga kini YAU telah membina empat buah masjid di Indonesia dan menyelenggara banyak masjid di sekitar Terengganu dari segi kemudahan tandas-tandas.
"Sebanyak 6 masjid telah siap dibina di Indonesia iaitu Masjid Al Ma'mun di Garut, Masjid Nurul Jihad (Lombok), Masjid Darussalam (Jakarta), Masjid Al Ikhlas (Tasik Malaya), Masjid Az Zikri (Medan) dan Masjid Darul Ibtida (Serang).
"Masjid lain yang sedang dibina adalah Masjid Al Mukarramah di Buton, Masjid Miftahul Jannah (Donggola), Masjid Nurul Mujahidin (Luwu) dan Masjid Miftahussudur (Nusa Tenggara).
"Kos membina masjid di Indonesia adalah sekitar RM300,000 namun di Malaysia kosnya sekali ganda lebih tinggi. Jadi kami lebih fokus kepada penyelenggaraan masjid-masjid di negara kita khususnya di Terengganu," jelasnya yang turut menyalurkan bakul makanan kepada warga Palestin, Sri Lanka selain Malaysia sendiri.
Majlis itu turut menganjurkan Kuliah Dhuha oleh PU Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang tampil berkongsi ilmu yang bermanfaat tentang amalan bersedekah kepada hadirin.
Sebelum ini YAU pernah menerbitkan dua filem pendek dakwah iaitu Iqra' serta Aidil & Atok arahan Fauziah Ahmad Daud.
Sementara itu, orang ramai juga boleh memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat.
Sebarang sumbangan kepada YAU boleh disalurkan ke akaun Maybnk (5630 1927 1201) atau CIMB (8603 3382 18).
Amri Hassan
Wed Nov 30 2022


Sam Smith Dituduh Cuba Normalisasikan Budaya P*rnografi Melalui Video Klip?
Penyanyi Sam Smith baru merilis single terkininya, I'm Not Here To Make Friends.

Tertembak Kru Sampai Mati, Faktanya Alec Baldwin Sedang Bercakap Di Telefon
Aktor dan penerbit Alec Baldwin didakwa sedang bercakap di telefon sewaktu insiden tertembak mati kru di set penggambaran filem Rust di Mexico, Oktober tahun lalu.

"Letih Sampai Menangis..."- Ayda Jebat Turun 5kg Akui Penat & Tak Cukup Tidur
Ayda Jebat Turun Berat Badan

“Ni Bukan Tipu-Tipu Kan?” - Park Seo Joon Nak Datang Malaysia! Peminat Tak Sangka, Siap Ajak Lepak Minum
Okay yang ni memang tak sabar nak jumpa!

“Paling Indah, Kuala Lumpur Lokasi Pertama Konsert Saya” - Lepas 10 Tahun, Yura Yunita Tunai Janji Peminat
Alaaaa sweetnya Yura Yunita ni...

Netizen Tegur Penampilan Tak Cantik Macam Dulu, Mawar Karim : “Sekarang Ini Lebih Bersyukur, Tenang Sebab Duit Tak Habis Lesap”
Cantik je Mawar...
![[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…” [VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-25_2.png?ext=.png)
[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”
Sweet!

Rashidi Ishak Akhiri Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Penerbit Drama Wan Hasliza?
Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza

Sedih Datang Bulan Ketika Tiba Di Makkah, Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah
Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah

"Gilalah! Nasi Lemak RM0.90 Sen..." - Ada Anggap Pak Mat Western Cafe Menipu
Tak masuk akal harganya!