Sebagai pengguna, pasti kita mempunyai cara tersendiri untuk menjaga setiap pakaian yang telah dibeli. Sama ada dari segi simpanan mahupun cara basuhan, penjagaan pakaian merupakan satu hal yang penting untuk memastikan ia boleh dipakai dalam tempoh masa lama.

Hal ini turut diakui oleh selebriti media sosial, Hafiz Mahamad. Menerusi kemas kini di Instagram Story, usahawan popular itu memberitahu yang dia sentiasa menitik beratkan soal penjagaan sehingga boleh menggunakan pakaian yang sama empat hingga lima tahun lamanya.

Menurut Hafiz, hal yang selalu diberi perhatian adalah dari segi ketahanan potongan leher dan juga warna pada pakaiannya.

“Saya sejenis kalau beli kemeja-T, seluar ke, saya pastikan saya boleh pakai empat lima tahun dan kualitinya masih dalam keadaan baik.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


“Contohnya, macam baju ni, saya beli dah lama dah ni, sebelum kahwin dengan Aina. Saya ingat lagi, ketika itu saya pergi Penang dengan Aina dan kawan-kawan.

“Sampai sekarang dah berapa tahun masih boleh pakai lagi, cantik lagi,” ujar Hafiz sambil berkongsi gambarnya mengenakan kemeja-T yang sama empat tahun lalu.

Dalam masa sama, Hafiz turut berkongsi bagaimana cara dia menjaga pakaian sehingga mahu menyimpan baju yang dibeli dalam tempoh yang agak panjang.

“Saya akan pentingkan kalau kemeja-T, bahagian leher tak kembang dan tak pudar. Kebanyakan baju hitam saya, saya tak jemur bahawa matahari… Dan kurangkan basuh mesin.

“Sebelum kahwin, saya memang tak basuh mesin, basuh guna tangan sahaja. Sekarang dah kahwin, banyak baju dah jahanam pakai mesin,” katanya sambil tertawa kecil.

Hafiz mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, selebriti media sosial Syafiqah Aina pada 24 November 2017. Pasangan tersebut kemudiannya dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!