Sebelum ini, perkhidmatan e-hailing dianggap satu 'rahmat' buat pengguna di luar sana berikutan harganya yang berpatutan berbanding teksi.

Antara yang menjadi pelopor ketika itu adalah Uber dan Grab.

Namun, sejak akhir-akhir ini, situasti berkenaan seakan berubah, malah harga bagi servis terbabit berkemungkinan akan meningkat apabila lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) akan bermula pada 12 Julai ini.

Pada yang tidak tahu, setiap pemandu e-hailing diwajibkan untuk mempunyai lesen PSV sama seperti pemandu kenderaan awam yang lain seperti teksi.

Walaubagaimanapun, tidak semua pemandu yang bersetuju dengan syarat itu.

Menurut laporan The Star, setakat ini terdapat seramai 167,000 pemandu e-hailing berdaftar tetapi hanya 16,338 orang sahaja memiliki lesen PSV.

Namun apa yang lebih membimbangkan, Persatuan Pemandu e-hailing Malaysia menjangkakan tambang akan naik sebanyak 50%.

Seperti biasa, caj ini bergantung kepada permintaan dan jumlah pemandu di kawasan tersebut, lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

Selain itu, disebabkan kekurangan ini, penumpang mungkin terpaksa menunggu lebih lama daripada biasa.

Apapun, kita sama-sama berharap agar syarikat e-hailing akan mewujudkan satu jalan penyelesaian untuk menggalakkan mereka mengambil penumpang pada waktu puncak.