,
Laman Utama

Oh Rupanya Zhiddin Aziz Anak Ikon Penyiaran, Allahyarham Aziz Desa…Patutlah Petah Bercakap Macam Ayah Dia…

Fiza Kamarudin
16/03/2022
09:00 MYT
Nama Zhiddin Aziz mungkin tidak asing lagi di kalangan pengguna aplikasi TikTok, sungguh pun begitu, masih ramai yang belum tahu pemuda petah ini merupakan anak kepada ikon penyiaran, Aziz Desa.
Zhiddin yang memiliki 6.5 juta pengikut di TikTok mengakui tidak menyangka video yang pada mulanya dimuat naik secara suka-suka menarik jumlah penonton yang ramai.
Kata Zhiddin pada mulanya dia tidak menyukai aplikasi TikTok dan menganggap ia sebuah aplikasi biasa yang dipenuhi kandungan merapu, tetapi kini sebaliknya.
“Mula-mula dulu saya memang anti dengan TikTok ni. Tetapi bila saya mula memuat naik content di TikTok saya rasa aplikasi ini sebenarnya ada juga kebaikan.
“Saya mula buat akaun TikTok November tahun lepas, dan video pertama yang dimuat naik ialah menjadi emcee di majlis kahwin dan viral,” katanya.
@zhiddinazizz
♬ original sound - zhiddinaziz Menjadi tetamu jemputan malam ini di Gempak TV, Zhiddin terkejut apabila hos Isha Norsham dan Daniel Cheang mendedahkan identiti bapanya.
“Saya tak pernah beritahu orang siapa bapa saya. Netizen kita memang hebat mereka boleh cari siapa kita,” katanya ketawa.
Menerusi Gempak TV mala mini, Zhiddin turut berkongsi tentang kehidupannya yang berubah selepas bergelar ‘TikTok Famous’.
“Bila orang jumpa saya di luar mereka panggil saya ‘sedara’, ‘abang hauk’…Semua gelaran tu dapat daripada video-video saya di TikTok,” kongsinya.
Selain Zhiddin, Gempak TV malam ini turut menampilkan penyanyi dan pengacara Sissy Iman, yang turut berkongsi mengenai perkembangan terkini kariernya seninya.
Jangan lupa saksikan Gempak TV jam 9.00 malam setiap Rabu di saluran Astro Ria. Di Gempak TV macam-macam info kita akan kongsikan! Cerita artis, filem baru, drama baru, program baru dan..macam-macam ada!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

3 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri 'Tak Sengaja' Lakukan Hubungan S*ks Dengan Lelaki Lain

gempak
01/10/2024
09:55 MYT
Kepercayaan semestinya satu faktor utama dalam menjayakan sesuatu perhubungan.
Viral

Influencer Dengan 1.5 Juta Followers Ditahan Reman, Buat Aksi Drift

gempak
29/09/2024
08:25 MYT
Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.
Berita

“Saya Mahu Wujudkan Versi Tamil” - Sam Lim Luah Hasrat Mahu Variasikan Konten TikTok

gempak
27/09/2024
13:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Sam Lim mempunyai perancangan untuk mewujudkan content creator berbahasa Tamil.
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
BorakSeeni