Tugas mempimpin negara pastinya bukan mudah terutama ketika pandemik ini, namun ia satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebaik mungkin.

Selain bergelar pemimpin, tokoh politik yang sinonim dengan gelaran Pak Long itu kerap mencuri tumpuan bersama keluarga besarnya sebelum ini.

Jom kenali lebih dekat Perdana Menteri kesembilan ini dengan lebih lanjut:

#1 Graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya pada 1980 dan memulakan karier sebagai peguam.

#2 Mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada tahun 1986 dan memiliki empat orang cahaya mata iaitu Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.



#3 Peminat kelab bola sepak Chelsea dan meminati Drogba selaku penyerang.



#4 Kata menantunya, Datuk Jovian Mandagie kepada sebuah portal berita, Ismail Sabri menggemari warna biru kerana boleh menampakkan beliau muda.

#5 Penyanyi kesukaannya adalah Bee Gees, Eric Clapton dan Michael Buble. Pilihan penyanyi tempatan pula Datuk Jamal Abdillah dan Hael Husaini, termasuk anak beliau, Dafi.

#6 Kongsi Dafi kepada sebuah akhbar tempatan pula, keluarga datuk dan nenek sebelah bapanya berasal dari Salor, Kota Bharu, Kelantan sebelum berpindah ke Pahang.



#7 Ismail Sabri menggemari nasi kerabu dan kuih tradisional Kelantan iaitu lompat tikam. Kata Dafi lagi, budu juga menjadi kegemaran bapanya.

#8 Ismail Sabri gemar menghabiskan waktu lapangnya dengan menonton Netflix, bermain dengan cucu dan membaca.

#9 Punyai bakat terpendam iaitu menyanyi.



#10 Menggemari baju batik berbanding pakaian formal. Malah, baju kemeja batik yang dipakai beliau pernah tular sekitar tahun lalu.

BACA: "Dua Kali Pandang Nampak Menyelerakan Pula" - Baju Batik Ismail Sabri Disamakan Juadah Enak Bulan Ramadan, Emm.. Sedapnya!

Pelantikan Ahli Parlimen Bera itu sebagai perdana menteri yang baharu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat.

Ismail Sabri akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu selepas Ahli Parlimen Pagoh itu hilang majoriti sokongan di Dewan Rakyat.