Viral

"Dua Kali Pandang Nampak Menyelerakan Pula" - Baju Batik Ismail Sabri Disamakan Juadah Enak Bulan Ramadan, Emm... Sedapnya!

gempak
Amri Hassan
01/05/2020
04:46 MYT
Sponsor Banner
"Dua Kali Pandang Nampak Menyelerakan Pula" - Baju Batik Ismail Sabri Disamakan Juadah Enak Bulan Ramadan, Emm... Sedapnya!
Netizen memang kreatif! Umpamanya kemunculan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri untuk sidang media memang ditunggu-tunggu ramai.
Bukan sahaja demi mendapatkan info terkini keadaan negara bahkan juga untuk melihat corak baju batik yang digayakan bapa mentua pereka fesyen Jovian Mandagie itu.
Menerusi sebuah entri di Facebook milik pengguna DakuCing Ku, beberapa foto Ismail Sabri disamakan dengan hidangan popular tempatan.
"Sidang Media selalu dinantikan-nantikan. Suka tengok penampilan Datuk. Nampak muda 10 tahun pakai baju batik warna-warni," tulis akaun itu.
Warna dan corak yang menarik seumpamanya kena dengan setiap juadah pencuci mulut setiap satunya.
Ada kek lapis, apam polka dot, air batu campur (ABC), jus avokado, aiskrim Oreo, jus strawberi, sagu gula melaka, lengkong dan sebagainya lagi.
Gambar-gambar yang tular di media sosial itu turut dikongsikan oleh Jovian Mandagie sendiri di akaun Instagramnya.
"Lapar sangat ye kamu semua ni? Look at these Pa (Ismail Sabri)," tulis Jovian.
Sebelum ini, Jovian pernah kongsikan ada antara baju batik yang disarung Ismail Sabri itu dihasilkannya daripada batik yang dilukis khas.
Malah ada antara fabrik batik itu merupakan sentuhan eksklusif dari Tenunan Royal Pahang!
Apapun, persamaan baju batik Ismail Sabri dengan juadah pencuci mulut tempatan itu lebih menduga iman terutama di bulan Ramadan ini.
"Terliur aku nengok smua jenis kuih tu..memang nempak menyelerakan baju Datuk Ismail Sabri ni..puasa ni semua benda pun nampak macam makanan dan minuman," tulis Nurhayati Hamzah.
"Ini adalah satu cara untuk tarik perhatian penonton... Sebab mesej yang dia nak sampaikan tu penting," komen Mutia Khalid.
"Sempat lagi tu kalau nak tempah untuk raya design-design macam tu. Ramai duk rumah sekarang ni. Selain masak, bole juga belajar menjahit," sahut Uji Fauziah Saamah.
Kita tunggu pula corak apa yang dipakai Ismail Sabri hari ni ya...
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live