,
Laman Utama

#OhAbeNik: Buka Cawangan Pertama Di KLCC, Ini Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Jenama Kasut Larian Popular Hoka!

Amri Hassan
20/07/2023
13:15 MYT
Jenama yang kian menitip di bibir peminat sukan larian maraton dan larian lasak, Hoka secara rasmi membuka cawangan pertamanya di pusat beli-belah Suria KLCC.
Bersedia untuk merasai pengalaman baharu yang akan dibawa oleh Hoka dengan menampilkan kepelbagaian aneka pilihan kasut yang berkualiti tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Rev Edition, Pornsak Chinawongwatana teruja ketika melancarkan butik rasmi Hoka pertama di Malaysia.
"Kami amat teruja dan gembira melihat sambutan yang amat menggalakkan dan penantian yang ditunggu-tunggu oleh peminat Hoka serta kami akan memastikan produk yang kami tawarkan akan memberikan pilihan yang lebih baik, berkualiti setara dengan keunikan yang kami bawa selama ini.
"Hoka sentiasa menumpukan fokus utama dalam menginspirasikan pengguna untuk melangkah lebih jauh, melepasi halangan dan cabaran dengan ketahanan yang maksimum serta melakukan perkara yang sukar dengan keselasaan yang tiada tandingan," katanya.
Semak fakta menarik tentang jenama Hoka!

1. Berkualiti tinggi, tahan lasak, selesa

Hoka di peringkat antarabangsa semakin mendapat pujian di atas komitmen dalam menawarkan kasut sukan yang berkualiti tinggi, tahan lasak dan selesa yang tiada tandingannya.

2. Fly Human Fly!

Kini dengan permintaan yang semakin meningkat terutama sekali di rantau Asia Tenggara, Hoka membawa inspirasi bertemakan “Fly Human Fly” dalam memastikan pengguna dapat mengekspresikan kebolehan ke tahap yang maksimum.
Buat para peminat sukan larian maraton dan larian lasak, kasut yang digunakan harus menjanjikan keselesaan yang optimum kerana jarak yang jauh serta halangan bakal memberikan cabaran yang getir kepada pelari.
Di sini, Hoka menampilkan kepelbagaian elemen yang menepati sasaran pengguna mereka iaitu yang gemar sukan larian lasak dan maraton.

3. Bahan premium, teknologi tinggi

Dengan rekaan menggunakan bahan premium, berteknologi tinggi serta tapak kusyen kasut yang menjaminkan keselesaan sepanjang larian menjadikan Hoka pilihan terkini oleh peminat sukan larian lasak dan maraton.
Gabungan keselesaan, ketahanan serta corak rekaan gaya yang menarik akan menambahkan pilihan kepada pengguna.
Hadir dengan rekaan kusyen yang besar akan memberikan penyerapan hentaman yang tiada tandingan, perlindungan yang rapi di bahagian pergelangan kaki pasti menjadi keutamaan pengguna sebelum bersukan lasak.

4. Corak lawa

Keterujaan Hoka di sini juga bukan sahaja menggembirakan peminat sukan larian lasak malah Hoka juga ingin menarik perhatian penggemar kasut berfesyen dengan menampilkan kepelbagaian gaya yang digabungkan elemen fesyen terkini.
Jelas menunjukkan bahawa Hoka tidak hanya memfokuskan kepada satu pengguna tertentu malah meraikan kedua-dua segmen menjadi satu untuk dijadikan sebagai kasut harian yang menepati citarasa pengguna.

5. Promosi best!

Bagi meraikan pembukaan secara rasmi butik Hoka di Malaysia, promosi eksklusif ditawarkan kepada pengguna bermula daripada 14 Julai sehingga 31 Ogos, di mana dengan setiap pembelian mana-mana produk Hoka di dalam tempoh masa yang ditetapkan akan berpeluang untuk menyertai “Team Hoka” di dalam HOKA Fly Run KL pada 6 Ogos 2023.
Penyertaan di atas akan turut disertakan dengan barangan eksklusif daripada Hoka dan tanda penyertaan istimewa sebagai ahli kelab larian Hoka yang juga bakal menyertai larian tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Hiburan

Siti Saleha Kini Tunang Joshua Fitton

gempak
09/11/2024
12:25 MYT
Pelakon, Siti Saleha mendedahkan dirinya kini sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen, Joshua Fitton.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar