#OhAbeNik: 'Influencer' Jadi Pelakon, 5 Nama Ini Diramalkan Boleh Pergi Lagi Jauh!

Amri Hassan
Jun 5, 2021 14:44 MYT
Ramai yang kata personaliti media sosial yang bergelar pelakon kebanyakannya 'kayu', menyusahkan produksi dan dipilih atas dasar populariti semata-mata.
Segelintir menganggap personaliti media sosial atau turut digelar 'influencer' ini merosakkan industri selain menutup periuk nasi penggiat seni sedia ada dan yang baru mula bertapak.
Sampaikan Nabila Huda sendiri baru-baru ini mencadangkan golongan influencer yang menjadi pelakon perlu melabur untuk kelas lakonan.
Abe Nik yakin, ramai yang sedar bahawa influencer punyai demand dalam pasaran, berjuta-juta pengikut mereka mahu individu terbabit muncul di layar kaca selain media sosial semata-mata.
Seluas mana pengaruh seseorang influencer itu, begitu juga besarnya peluang untuk melonjakkan rating sesebuah drama.
Jadi, perubahan trend 'menumpang' populariti golongan 'influencer' ini membuka perspektif baharu kepada dunia hiburan masa kini.
Berikut merupakan influencer yang bergelar pelakon yang semakin mencuri perhatian ramai.
Sharifah Rose
Dua buah drama lakonannya, Kisah Cinta Rumi dan Kekasih Hati Mr. Bodyguard antara yang menuai sensasi dengan komen-komen nakal; dia tak boleh berlakon.
Pernah juga namanya menjadi sebutan gara-gara ciapan pelakon Izara Aishah mengenai kehadiran selebriti media sosial dalam dunia lakonan.
Namun, gadis yang pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid ini semakin matang dan lakonannya lebih meyakinkan.
Untuk info, Rose, 23, merupakan pelajar Asasi Undang-Undang UiTM dan mencuri tumpuan dalam dunia peragaan sebelum ini.
Hariz Hamdan
Finalis Hero Remaja 2020 ini pernah muncul dalam beberapa buah drama tempatan antaranya Kisah Cinta Rumi.
BACA: Tahniah Hariz! Finalis Hero Remaja 2020 Dapat 5A Dalam SPM
Sekadar info, Hariz merupakan penuntut jurusan Sains Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Segamat, Johor.
Coki
Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel mencipta fenomena di aplikasi TikTok dan Instagram menerusi video slow motion hingga digelar King Slomo.
Baru berusia 16 tahun, Coki tidak membuang masa apabila muncul menerusi beberapa telefilem antaranya Kifarah Buta, Matilah Nak Pontianak, Penunggu Soldorm dan filem Petaka.
#pelakon #Viral #Netizen #Selebriti #Artis #Instafamous #Kecam #Influencer #OhAbeNik