,
Laman Utama

#OhAbeNik: Kenali Aiman Nasir Wynne, Artis Mix Kelantan-UK Yang Suka Berkain Pelikat & Minat Gadis Melayu Bertudung

Amri Hassan
26/02/2022
13:32 MYT
Bertitik tolak sebagai YouTuber, jejaka kacak pemilik nama Aiman Nasir Wynne, 24, serius untuk menceburi bidang lakonan dan pengacaraan.
Membesar di United Kingdom dan berhijrah seketika ke Kelantan untuk mendalami ajaran Islam dan budaya tradisional Melayu, Aiman yang berdarah campuran Britain (ibu) dan Kelantan (bapa) mencuri perhatian dengan kefasihannya berdialek Kelantan.
Apa kata kita berkenalan lebih rapat dengan Aiman Nasir Wynne!
#1 Ibu Aiman berasal dari United Kingdom manakala bapanya dari Pasir Puteh, Kelantan. Membesar di UK namun sentiasa dititikberatkan dengan budaya Malaysia.
#2 Datang ke Malaysia sejak kecil dan semakin cenderung mencari jati dirinya. Kini menetap di Kuala Lumpur. Kata Aiman; "I want to discover my other half."
#3 Suka makanan di Malaysia dan keharmonian rakyat yang saling menyokong satu sama lain.
"Di Malaysia punyai nilai kekeluargaan yang sangat tinggi dan penuh dengan makanan. Bila jumpa kawan-kawan kita dihidangkan dengan makanan dan pastikan kita tak lapar.
"Saya pernah datang Malaysia pada usia 16 tahun dan jatuh cinta. Kemudian saya datang lagi tinggal selama dua bulan tapi terpaksa pulang ke UK kerana pandemik COVID-19.
"Untuk terus berinteraksi dengan orang Kelantan, saya buat video dan upload di YouTube. Jadi, saya mohon peminat saya mengajar saya kecek kelate sebab saya tak boleh belajar sendiri," ujarnya.
#4 Jangan cakap bahasa Inggeris dengan Aiman kerana mahu menajamkan komunikasi berbahasa Melayu.
"Kalau belajar sendiri atau di sekolah ia akan ambil masa lama, mungkin empat tahun.
"Cara terbaik adalah bercakap menggunakan bahasa yang ingin dipelajari," tambah Aiman.
5# Disebabkan komuniti Islam tidak ramai di UK, Aiman menyambut kedatangan Ramadan dan Aidilfitri sendirian.
"Kalau di UK sejuk, tempoh puasa lama. Di Malaysia pula panas, tempoh puasa pendek. Harap-harap dapat sambut raya dengan meriah tahun ini," katanya.
#6 Ketika bersekolah, Aiman tidak diajar perkara positif tendang Islam. Pada usia 17 tahun, Aiman belajar tentang agama di Kelantan dengan saudaranya.
#7 Mahu mencuba warisan budaya di Malaysia. Aiman ingin belajar Mak Yong, wayang kulit dan kebudayaan lain.
#8 Suka kain pelikat.
"Saya lihat ayah memakainya ketika saya berusia 8 tahun. Apabila cuti di Malaysia, saya siap tanya ayah, boleh ke beli kain pelikat untuk saya?
"Dan setiap kali selepas sekolah, saya akan pakai. Cuma bila kawan datang ke rumah, mereka terkejut! 'Aiman why are you wearing skirt?' Saya rasa boleh juga buat perniagaan dan kain pelikat ini sangat selesa dan boleh digunapakai untuk pelbagai situasi," ceritanya.
#9 Sukakan gadis Melayu kerana punyai sikap lemah lembut, mengambil berat dan karakter yang berbeza.
"Mereka buatkan anda sangat bernilai. Segan pula nak bercakap tentang hal ini tetapi dulu saya pernah bercinta dengan wanita Melayu.
"Apapun saya suka wanita Melayu bertudung. Apapun asalkan wanita itu mempunyai hati yang baik, saya terima dan merancang untuk membina keluarga di sini," kongsinya.
#10 Bakal muncul dalam satu program travelogue jelajah seluruh Malaysia.
"Insya Allah, menerusi perancangan daripada pihak pengurusan Mask Team, saya akan menjelajah bebebrapa buah negeri di Malaysia untuk mengenali lebih dekat budaya Malaysia. Tak sabar rasanya nak explore Malaysia," kata Aiman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar