Laman Utama

#OhAbeNik: Ratu Cantik Malaysia Angkut Kostum 50 Kilogram Inspirasi Ulek Mayang Ke Pentas Miss Grand International, Terkesima Tak?

gempak
Amri Hassan
29/11/2021
16:15 MYT
Sponsor Banner
#OhAbeNik: Ratu Cantik Malaysia Angkut Kostum 50 Kilogram Inspirasi Ulek Mayang Ke Pentas Miss Grand International, Terkesima Tak?
Media sosial kecoh apabila ratu cantik Malaysia yang kini bertanding di Miss Grand International, Lishalliny Kanaran, memperkenalkan kostum kebangsaan (National Kostum) pada tengah hari Selasa.
Lishalliny membawa kostum majestik yang diinspirasikan daripada legenda tujuh puteri dari lagu dan tarian Ulek Mayang yang tersohor di negeri Terengganu.
Kostum rekaan Aldrin Artistry seberat 50 kilogram itu memaparkan ketujuh-tujuh karakter puteri yang terkenal dalam kisah legenda mistik itu. Pusingan kostum kebangsaan Miss Grand International 2021 telah berlangsung di Show DC Hall, Bangkok, Thailand bersama 60 delegasi negara lain.
Ramai yang memberikan komentar dan kritik termasuk pahlawan papan kekunci dari negara jiran yang mendakwa kostum itu diciplak dari NatCos ratu cantik Puteri Indonesia mereka pada 2019.
Dalam pertandingan itu, wakil dari Sumatera Selatan mempersembahkan kostum berinspirasikan Legenda 7 Bidadari yang membawa enam kelapa wanita dengan hiasan kepala serupa.
Berbahaslah secara harmoni dan bukan berlandaskan emosi semata-mata kerana di hujungnya kita sama-sama negara serantau yang akan pasti menyokong satu sama lain.
Top 5 pilihan Abe Nik
Bagi Abe Nik kesemua delegasi telah mempersembahkan kostum kebangsaan sehabis baik dan ini antara lima yang menjadi pilihan.
1. The Ancient Princesses of Ulek Mayang (Malaysia) Ketika nama Malaysia diumumkan, Lishalliny Kanaran tampil sangat gah dengan kostum kebangsaan yang dibina dengan ketinggian lebih dua kali ganda daripadanya. Tidak menghampakan, Lishalliny menggunakan waktu dan pentas sebaik mungkin bersama mayang kepala yang ditepuk-tepuk pada pentas dengan penuh semangat. Ini yang kita mahukan!
2. Bali Sundaram (Indonesia) Sophia Rogan memukau pandangan dengan membawa Bali ke pentas dunia. Sepertimana janjinya sebelum ini, roh Bali itu dipersembahkan bersama nyalaan asap kemenyan dan taburan bunga.
3. Queen of the Kingdom Andongo (Angola) Marcia M. A. de Menezes membuka pentas pertunjukan dengan penuh dramatik! Seni persembahan yang ditampilkan penuh bergaya dengan ekspresi wajah luar biasa bagi menceritakan tentang kostum kebangsaan yang diwakilinya.
4. Blue Angel (Vietnam) What a wow! Kostum kebangsaan yang dipersembahkan Nguyễn Thúc Thuỳ Tiên diinspirasikan daripada pakaian perubatan yang bertugas di barisan hadapan. Punyai sayap yang menyala berwarna biru, kostum ini memberi kesan kepada ramai penonton sebenarnya.
5. Peruvian Amazon (Peru) Samantha Cortegana juga memberikan saingan pada pertandingan kali ini. Tampil memukau dengan kostum yang diinspirasikan daripada burung elegan negaranya, warna hitam dan kuning benar-benar menyerlahkannya.
Sejarah Ulek Mayang
Tidak adil pula rasanya kalau tidak ceritakan semula kisah tentang Ulek Mayang yang baru saja telah diangkat di pentas dunia.
Ulek Mayang merupakan kesenian lagu dan tarian rakyat yang dipersembahkan sebagai ritual menyembuhkan nelayan yang jatuh sakit dipercayai kerana semangat laut.
Mereka hanya boleh disembuhkan dengan menyeru semula roh dari laut untuk dihantar 'pulang'.
Lagu dan persembahan itu menceritakan kisah dongeng puteri laut yang jatuh hati dengan seorang nelayan. Jadi, puteri itu mencuri jiwanya menyebabkan nelayan terbabit separuh sedar.
Ketika pulang ke darat, dia cuba disembuhkan oleh rakan-rakannya dengan meminta pertolongan bomoh untuk memulihkan jasad dan mengembalikan semangatnya yang telah dicuri.
Ketika ritual, bomoh memanggil semangat puteri-puteri laut menggunakan mayang kelapa, kemenyan dan pulut. Pertarungan berlangsung antara bomoh dan enam puteri sehinggalah puteri ketujuh yang paling sulung muncul dan menghantar semua puteri lain pulang ke laut.
"Aku tahu asal-usulmu, yang laut pulang ke laut, yang darat balik ke darat," puteri itu kemudiannya mengembalikan semangat dan kesihatan nelayan terbabit.
BACA: #OhAbeNik: Jimmy Couture Amuk Gaun Kena Reject, Miss Grand Malaysia Kata Tak Pernah Minta Pun, Mana Satu Betul Ni?​
Malaysia Boleh!
Miss Grand International tahun lalu menyaksikan wakil Malaysia, Jasebel Robert yang membawa kostum kebangsaan berinspirasikan Mak Yong berada di kedudukan 10 terbaik selain dinobatkan Miss Popular Vote.
BACA: Miss Grand Malaysia, Jasebel Robert Tayang Kostum Kebangsaan Mak Yong, Lawa Ker Tidak?
Miss Grand International menjadi antara pertandingan ratu cantik yang paling banyak ditonton secara global dan menawarkan hadiah bernilai AS$40,000 (RM169,540) kepada pemenang.
Juara juga akan berpeluang untuk menetap di Bangkok, Thailand untuk mempromosikan organisasi bagi menentang kekejaman dan peperangan.
Miss Grand International ke-9 itu memulakan pertandingan pada 17 November lalu di Phuket.
Manakala, pusingan Preliminary akan berlangsung pada 2 Disember ini dan pusingan akhir pada 4 Disember.
Acara itu turut disiarkan secara langsung di YouTube Grand TV.
Jadi, mampukah Malaysia untuk terus menyinar di pentas Miss Grand International tahun ini? Sama-sama kita tunggu keputusan akhir pada hari Sabtu nanti!
Good luck Lishalliny Kanaran!
Bagi yang terlepas, boleh tonton di sini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live