Laman Utama

#OhAbeNik: Jimmy Couture Amuk Gaun Kena Reject, Miss Grand Malaysia Kata Tak Pernah Minta Pun, Mana Satu Betul Ni?

gempak
Amri Hassan
15/11/2021
07:35 MYT
Sponsor Banner
#OhAbeNik: Jimmy Couture Amuk Gaun Kena Reject, Miss Grand Malaysia Kata Tak Pernah Minta Pun, Mana Satu Betul Ni?
Setiap kali tibanya musim pertandingan Ratu Cantik, pasti tak lekang daripada drama. Ada saja yang berlaku apabila melibatkan hal-hal showbiz ni.
Abe Nik tertarik dengan perang yang sedang meledak antara pereka fesyen Jimmy Couture dan Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran sejak semalam.
Sesi fitting akhir sebelum berlepas ke Phuket, Thailand berakhir dengan perasaan tidak puas hati kedua-dua pihak.
"Otak tinggal mana?"
Pertamanya, Jimmy menyifatkan tindakan pasukan Lisha yang menolak gaun rekaannya dianggap tidak profesional dan menguburkan usahanya untuk menyediakan busana tajaan seperti dijanjikan dipakai di pentas kelak.
Selain ditolak, gaun rekaan Jimmy juga difahamkan hanya akan dipakai untuk makan malam dan sidang media sahaja, bukan di pentas preliminary atau pusingan akhir Miss Grand International.
"Kau ingat modal nak buat EG (Evening Gown) ini seringgit ke seratus ke? Beribu! Now beribu sesalanlah yang aku dapat dek kerana drama kau !
"Aku tak tidur, aku buang duit aku buang tenaga , tolak pelanggan yang nak pesan baju semata-mata nak fokus siapkan baju kau, tangan bengkak sakit , sanggup tak balik jumpa mak ayah aku semata-mata nak terkejar siapkan EG kau! Akhir sekali tak jadi pakai! Otak tinggal kat mana? Dah terlambat nak berurusan semula dengan aku..
"Aku rasa bodoh sebab ambil tanggungjawab dan harapan palsu kau!! Lihatlah dunia.. wujud dunia tipu-tipu rupanya !" luahnya di Instagram.
Miscomummunication
Sementara itu, jelas Lisha menerusi sesi siaran langsung di Instagram pagi Isnin, situasi berlaku disebabkan salah faham antara pihak ketiga yang menjanjikan bulan bintang kepada Jimmy.
Lisha juga sebenarnya sudah punyai pereka fesyennya sendiri yang sudah sedia maklum dan selesa untuk bekerjasama selain memahami visi dan serta kehendaknya untuk pertandingan ratu cantik itu.
"Semalam kami ada final rehearsal termasuk evening gown, ada dua pereka fesyen iaitu Jimmy Couture dan salah satunya merupakan pereka fesyen yang bekerja dengan saya dari awal lagi, CiumxCium.
"Ada seseorang yang telah menabur janji pada Jimmy bahawa saya akan memakai gaun rekaannya pada sesi preliminary dan finale nanti.
"Padahal, saya sudah ada pereka fesyen yang saya nak dan siapkan apa yang saya mahu pakai untuk kedua-dua pusingan itu.
"Saya tak pernah bercakap atau meminta sebarang gaun untuk dipakai pada pertandingan nanti sejak dari awal dan tiada sebarang bukti pun menyatakan saya meminta gaun rekaannya, sebab saya tak minta pun," jelasnya.
Tambah Lisha lagi, ketika sesi fitting akhir semalam, Jimmy menyediakan gaun berbeza yang pernah dijanjikan sebelum ini. Lebih mengusutkan gaun baharu berwarna merah itu masih belum disiapkan sedangkan Lisha perlu berangkat untuk ke pertandingan dalam tempoh kurang 24 jam.
"Saya pergi fitting kira-kira sebulan lalu, kemudian ada preview kedua-dua pereka fesyen semalam. Gaun yang dibawa itu pun tak siap lagi. Gaun yang didedahkan semalam bukan gaun yang dia janjikan, sepatutnya ia berwarna hijau. Dia tak bawa pun gaun hijau sebaliknya merah.
"Ketika rehersal di depan pasukan saya, gaun itu dipinkan dan tak siap sepenuhnya akhirnya ketika saya berjalan, gaun itu terbuka. Kami bekerja keras untuk menunjukkan kepada dunia apa yang Malaysia ada. Kami bekerja 200 peratus!
"Pasukan saya kecewa kerana saya akan berangkat dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Saya perlu bersiap, mengemas dan hal-hal lain, tak sempat untuk saya membuat fitting lagi sekali.
"Selepas perjumpaan, saya dengar dia sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Saya tak kisah memohon maaf, saya mahu menghubunginya, media sosial mengecam saya. Saya terkejut," ceritanya.
Balas Jimmy pula, kenyataan itu telah dipusing dan menyebabkan dia bertambah kecewa atas apa yang berlaku. Jimmy turut berkongsi bukti paparan skrin janji-janji yang dibuat mengenai gaun terbabit.
Apapun, Abe Nik nasihatkan kedua-dua belah pihak turunkan ego dan berunding dengan berlapang dada untuk bertemu sepakat sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Masa berbaki dan peluang ke pentas besar tidak harus disia-siakan dengan perang di media sosial. Hal diva mendiva, demand, salah faham sudah menjadi resmi dalam dunia pageant. Uruskan dengan betul, berdamai dan doa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024