Datuk Shah Rukh Khan, terkenal dengan jolokan King of Bollywood sememangnya disayangi dan dihormati ramai bukan hanya di India bahkan seluruh dunia.

Kerja kerasnya untuk meletakkan diri dan keluarganya di kedudukan sekarang harus dikagumi ramai.

Bila menjadi popular, pastinya tumpuan lebih diberikan kepada seseorang individu itu. Sukar untuk lari daripada kontroversi, sama juga dengan bintang tersohor seperti SRK.

Abe Nik imbas semula beberapa kontroversi yang melibatkan nama SRK yang paling diingati ramai.

Senaraihitam Stadium Wankhede

Aktor itu ditahan daripada memasuki Stadium Wankhede pada tahun 2012 ketika datang bersama anak-anaknya untuk menonton perlawanan KKR vs MI.

Berlaku pertengkaran verbal dengan pengawal keselamatan bertugas hingga menyebabkan Presiden Persatuan Kriket Mumbai (MCA), Vilasrao Deshmukh menyenarai hitam nama SRK daripada memasuki stadium tersebut selama 5 tahun.

Selepas tempoh itu, SRK memenangi kes tersebut apabila polis Mumbai mengesahkan dirinya tidak mabuk atau mengeluarkan kata-kata kasar ketika pertengkaran tersebut.



Skandal Priyanka Chopra

Imej seorang bapa dan ketua keluarga SRK tercalar apabila munculnya gosip mengaitkannya dengan aktres jelita, Priyanka Chopra.

Didakwa Chopra pernah berkunjung ke pejabat SRK seawal pukul 3 pagi dan kemudiannya muncul khabar angin Gauri Khan cuba mengelak daripada bertembung dengan pelakon wanita itu.



SRK tidak pernah mengulas mengenai khabar angin terbabit.

Pengganas?

SRK pernah menceritakan pengalaman pahitnya dianggap pengganas oleh imigresen Amerika Syarikat ekoran namanya yang dikatakan sama dengan nama pengganas yang sedang diburu.

Lebih buruk apabila SRK ditahan sebanyak tiga kali bermula 2008 di Lapangan Terbang Antarabangsa Liberty Newark, kemudiannya pada 2012 di New York dan 2016 di Los Angeles.

Ciapnya; "Rasa teruknya setiap kali ditahan oleh imigresen Amerika Syarikat."

'Saya Muslim, Isteri Saya Hindu'

SRK juga pernah mengejutkan ramai dengan kenyataan berhubung agama yang dianutinya dan keluarga. Kata SRK, dia dan isteri punyai kepercayaan berbeza.

SRK memberitahu dirinya beragama Islam manakala isterinya, Gauri, penganut agama Hindu.

Manakala, dia mendidik anak-anaknya dengan panggilan orang India tanpa melabelkan agama tertentu.

Insiden Marijuana Lapangan Terbang Berlin

Beberapa media melaporkan isteri SRK, Gauri Khan pernah ditahan di lapangan terbang Berlin kerana memiliki dadah jenis marijuana secara haram.

Bagaimanapun, Gauri kemudiannya membuktikan khabar angin itu palsu dan enggan mengambil pusing.



Suhana Khan berbikini

Sekeping foto anak perempuannya, Suhana, yang hanya memakai bikini pernah meliar di industri Bollywood. Ketika itu Suhana baru berumur 16 tahun.

Hal itu menyebabkan SRK berang dan meminta visual berkenaan dipadamkan dari ruang digital.



AbRam Khan Anak Siapa?

Beberapa tahun lalu, gosip bertebaran mendakwa AbRam merupakan anak kepada anak sulungnya, Aryan!

SRK pernah mengakui tersinggung dengan tuduhan tersebut.

"Empat tahun lalu saya dan isteri merancang untuk mempunyai anak ketiga, tapi muncul dakwaan anak itu milik anak sulung saya yang ketika itu baru berusia 15 tahun.

"Pada masa sama muncul pula gosip anak saya melakukan perbuatan tak senonoh dengan seorang gadis di dalam kereta di Romania, siap ada video palsu lagi.

"Kami sekeluarga rasa terganggu," ujarnya.



Penahanan Aryan Khan

Aryan, 23, ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) ketika serbuan di sebuah kapal persiaran pada awal Oktober lalu.

Penahanan itu seolah-olah mengukuhkan khabar angin yang mendakwa anak sulung daripada tiga beradik itu sebenarnya 'liar' dan sudah menagih dadah sejak empat tahun lalu sejak melanjutkan pelajaran di California, Amerika Syarikat.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadapnya memandangkan kesalahan itu tidak boleh dijamin. Aryan ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah dan dihantar ke Penjara Arthur.



***

NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen, isu semasa dan kemahiran harian.

Sumber: Bollywoodlife, TimesofIndia, Hindustantimes, iwmbuzz
Foto: Google, Bollywoodlife, Instagram Gauri Khan