Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

#OhAbeNik: Selebriti & Kisah Lucu Ketika Vaksinasi

Amri Hassan 26/06/2021 | 13:45 MYT
Ramai dalam kalangan artis dan personaliti media sosial di Malaysia yang berkongsi kisah mendapatkan suntikan vaksin untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing.
Tak kurang juga ada yang mencuit hati dengan pelbagai ragam dan karenah. Takut jarum, menjerit, bawa 'peneman' dan macam-macam lagi alkisahnya.
Lucu? Ya. Secara tak langsung ia menjadi kandungan di media sosial mereka dan menyedarkan orang ramai untuk mengambil suntikan vaksin demi membendung penularan COVID-19.
Berikut dirangkumkan semula beberapa gelagat selebriti tempatan ketika suntikan vaksin baru-baru ini.
1. Nabila Razali bawa bantal busuk
Nabila menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya minggu lalu.
Lucunya Nabila sempat membawa 'peneman' iaitu bantal dinosaur yang diberi nama Baby Joong-Ki. Comel!
BACA: Nabila Razali Siap Bawa Bantal Dinosaur Di PPV, Netizen Tak Puas Hati - "Kenapa Bawa? Apa Faedah Eh?"
2. Aisar Khaled pakai baju ketat
Dah pesan banyak kali! Pakai pakaian yang bersesuaian ketika hadir ke PPV untuk suntikan vaksin tapi personaliti media sosial, Aisar Khaled tersarung baju ketat pula.
Selain ditegur petugas di PPV, proses suntikan itu sedikit merumitkan tapi pada masa sama mencuit hati. Kan dah susah!
BACA: "Ingat Seksi Ker?" - Aisar Khaled Kena Kecam Lagi! Kali Ni Pakai Baju Ketat Ketika Suntik Vaksin
3. Nabila Huda terbuka aplikasi perbankan
Nak buka MySejahtera terbuka aplikasi RHB! Itu yang terjadi kepada Nabila Huda dek kerana terlalu cuak ketika suntikan vaksin pada 18 Jun lalu.
Tidak dapat ditemani anaknya, Keisha Laila, Abil pasrah apabila terpaksa melalui situasi gemuruh itu bersama suami.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Berbeza dengan bapanya, Amy Search yang sempat mendendangkan lagu ketika vaksinasi. Kelas!
BACA: Wah... Amy Search Relaks Je Menyanyi Ketika Disuntik Vaksin
4. Ara Johari terjerit kena suntik
Menjerit tu macam kena pukul je Ara! Mungkin lucu bagi sesetengah orang tapi apa saja boleh berlaku ketika kita berdepan situasi cemas dan cuak.
BACA: Menjerit Sebelum Disuntik Vaksin, Ara Johari Takut Jarum Rupanya
5. Aedy Ashraf takut jarum
"Hari ini awak makan apa?" itu soalan yang diajukan petugas di PPV untuk mengalihkan perhatian Aedy Ashraf ketika disuntik vaksin.
Akui takut jarum, mujur Aedy dapat kawal gemuruh tu dengan cara baik.
BACA: Nurse Layan Aedy Ashraf Cucuk Vaksin! Fobia Jarum Rupanya...
Pesanan Abe Nik, sentiasa semak dan kemas kini info peribadi di aplikasi MySejahtera bagi temujanji vaksinasi.
Patuh segala arahan petugas di PPV dan bersiap sedia mental dan fizikal!
#Viral #Selebriti #Artis #Vaksin #Influencer #COVID-19 #Oh Abe Nik
;