Laman Utama

“Hari Ini Awak Makan Apa?” - Comel Je Nurse Layan Aedy Ashraf Cucuk Vaksin! Fobia Jarum Rupanya

gempak
Hanafis Haris
07/06/2021
11:00 MYT
Sponsor Banner
“Hari Ini Awak Makan Apa?” - Comel Je Nurse Layan Aedy Ashraf Cucuk Vaksin! Fobia Jarum Rupanya

Pelakon Aedy Ashraf mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video gelagatnya yang cuba untuk mengambil vaksin Covid-19 biarpun fobia kepada jarum.

Menurut Aedy, dia bukanlah seorang anti vaksin, namun dia mempunyai ketakutan kepada suntikan jarum.

“Sebab takut jarum je. Tapi yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab aku.

“Kepada yang takut jarum juga tu aku paham perasaan korang, but dont worry, jarum dia pakai tu halus je gang, tak rasa pun,” katanya.

Menerusi video itu juga orang ramai turut memuji cara jururawat yang mengendalikan vaksin tersebut.

“Selain daripada berlakon, pandai menyanyi pandai tak.

“Tau tak hari ni sebenarnya hari ni lapar, hari awak makan apa” kata jururawat berkenaan kepada Aedy.

Soalan tersebut sekali gus menjadikan Aedy ralit dan akhirnya dia telah pun berjaya disuntik vaksin berkenaan.

“Bagus la akak nurse, sporting habis layan Aedy”

“Terbaik frontliner ni, bukan semua berani dengan jarum”

“Macam ni baru buat orang ramai lega, tahniah,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Sekadar info, dalam istilah perubatan, ketakutan pada jarum dinamakan sebagai trypanophobia, iaitu ketakutan yang melampau terhadap prosedur perubatan yang menggunakan jarum.

Ini termasuklah semua bentuk suntikan memasukkan ubat, pengambilan darah ataupun apa sahaja yang melibatkan penggunaan jarum.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live