Pelakon baru, Oktovia Manrose menjelaskan hubungannya bersama penyanyi Aliff Aziz hanya sekadar kawan.

Selepas isteri Aliff, Bella Astillah memuat naik bukti yang mendakwa Aliff ke kelab malam bersama dirinya, Oktovia mempertahankan diri dengan menulis kenyataan di ruangan Instagram Stories miliknya.



Namun begitu, Bella mengakui dia mempunyai bukti yang cukup membabitkan kecurangan suaminya bersama Oktovia.

Menerusi entri di Instagram Bella, dia mendedahkan dirinya mempunyai video yang menunjukkan Aliff bersikap curang bersama Oktovia ketika berada di sebuah kelab malam yang terletak di Changkat, Bukit Bintang.

Sebagai kawan? Aduhh. Dah terang lagi bersuluh. Dah dah lah tu jaga je aliff dgn anak awak :)

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on


"Sebagai kawan? Aduhh. Dah terang lagi bersuluh. Dah-dahlah tu jaga je Aliff dengan anak awak.

"Keluar sebagai kawan pukul 3 pagi? You tahu itu suami orang? You tahu kat rumah dia ada anak bini dah seminggu tak balik?

"Boleh pula you dengan tak ada rasa bersalah keluar pergi club? Serious lah? Orang DM tu tak mabuk pun.

"I tak bodoh nak keluarkan statement. I ada bukti yang terlebih cukup. I ada video. Ada 3 video," tulisnya menerusi gambar yang dikongsikan.

BACA: "Sama-Sama Pergi Club, Menari-Menari Peluk & Mabuk" - Bella Astillah Tunjuk Bukti Aliff Aziz Curang Dengan Oktovia Manrose?