Olimpik Paris 2024: Atlet Wanita Itali Tarik Diri, Dakwa Petinju Algeria Seorang Lelaki
Maliah Surip
02/08/2024 03:25 MYT
02/08/2024 03:25 MYT
Atlet dari Itali, Angela Carini, menarik diri serta merta sewaktu pertarungan bersama Iman Khelif dari Algeria atas alasan lawannya itu seorang lelaki secara biologi.
Carini ‘mengibarkan bendera putih’ hanya dalam tempoh 46 saat perlawanan selepas sempat menerima tumbukan padu dan serangan yang disifatkannya terlalu menyakitkan, lapor The Guardian.
Petinju berusia 25 tahun itu juga tidak mahu bersalaman dengan Khelif yang diumumkan sebagai pemenang selepas dia menarik diri.

Tarik diri
“Saya patah hati. Saya bertanding atas nama ayah saya. Saya selalu diingatkan diri sebagai seorang pejuang tapi saya terpaksa menghentikan perlawanan kerana faktor kesihatan.
“Saya tidak pernah berasa tumbukan yang terlalu sakit seperti ini. Saya bukan mengalah tapi satu tumbukan sudah terlalu menyakitkan.
“Tumbukan kedua juga dengan pengalaman yang lama dalam bidang ini saya berasa terlalu sakit di bahagian hidung. Saya rasa cukuplah. Saya bukan mengalah saya hanya berundur dengan matang,” ujar Carini.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Mara Ke Suku Akhir, Lee Zii Jia Bakal Lawan Sahabat Karib Sendiri, Anders Antonsen
ARTIKEL BERKAITAN: “Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal disiarkan Secara Tidak Sengaja”- RTM
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah Lakar Sejarah Ke Separuh Akhir
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Atlet Mengomel Makanan Yang Disediakan Kurang Perisa
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Peserta Triatlon Muntah 10 Kali Berenang Di Sungai Seine, Tercemar Kuman E.Coli
Terdahulu, Khelif pernah dibatalkan penyertaannya di Kejohanan Dunia akibat gagal dalam ujian kelayakan jantina.
Khelif didapati memiliki biologi lelaki yang lebih tinggi berbanding perempuan.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), bagaimanapun, menjelaskan Khelif dan seorang peninju, Lin Yu-ting, dari Taiwan tiada sebab untuk dinafikan hak daripada bertanding di sebalik telah digantung oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).
Malah, IOC mempersoalkan kredibiliti IBA yang berdepan dengan isu seperti rasuah dan pentadbiran.
Malah, IOC mempersoalkan kredibiliti IBA yang berdepan dengan isu seperti rasuah dan pentadbiran.