,
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah Lakar Sejarah Ke Separuh Akhir

Gempak
01/08/2024
07:46 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terus menampilkan sensasi tersendiri apabila menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong untuk melangkah ke pusingan separuh akhir Olimpik Paris 2024 pada Khamis.
Kemenangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah melakar sejarah menjadi beregu wanita pertama negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir temasya sukan terbesar dunia itu.
Dalam aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena itu, Pearly-Thinaah menunjukkan belang mereka apabila mudah mengatasi gandingan Korea Selatan yang berada di ranking ke-10 dunia itu dengan kemenangan 21-12.
Pada set kedua, So Yeong-Hee Yong yang juga pemenang gangsa Olimpik edisi lalu cuba bangkit denngan permainan lebih kemas untuk memerangkap Pearly-Thinaah.
Namun, ketenangan dipamerkan gandingan itu sukar digugat apabila sekali lagi berjaya untuk memenangi set kedua dan juga perlawanan tersebut dengan 21-13.
Mereka dijadualkan menentang Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pusingan separuh akhir.
Sumber: SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.