Olimpik Paris 2024: Henjutan Terakhir Bawa Azizulhasni Ke Pusingan Kedua, Cipta Rekod Baharu Kebangsaan
Gempak
07/08/2024 15:35 MYT
07/08/2024 15:35 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, mara ke pusingan kedua acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menewaskan wakil Jerman, Luca Spiegel, di Velodorm Nasional Perancis.
Dalam aksi pusingan pertama itu, Azizulhasni memilih untuk berada di belakang lawannya tetapi menuju ke selekoh terakhir dia melakukan henjutan luar biasa untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya tanpa perlu melalui repechage.
Catatan masa dilakukannya itu, mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri, 9.523s pada saingan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023, di Veledrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan tahun lalu.
Seorang lagi wakil negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakhiri saingan awal di kedudukan ke-24 menerusi 9.635 saat.
Walaupun tidak mencatatkan kedudukan lima terbaik namun dua wakil negara itu layak untuk meneruskan perjuangan dalam acara pecut yang akan bermula beberapa jam lagi.
Pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen mencipta sensasi apabila mencipta rekod baru dunia selepas mengakhiri saingan pecut di tempat pertama menerusi 9.088 saat.
Dalam aksi pusingan pertama itu, Azizulhasni memilih untuk berada di belakang lawannya tetapi menuju ke selekoh terakhir dia melakukan henjutan luar biasa untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya tanpa perlu melalui repechage.
Catat Rekod Baru Kebangsaan
Azizulhasni Awang turut mencipta rekod baharu kebangsaan pecut individu, apabila mencatat masa 9.402 saat (s) pada pusingan kelayakan di Saint Quentin en Yvelines, Paris.Catatan masa dilakukannya itu, mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri, 9.523s pada saingan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023, di Veledrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan tahun lalu.
Seorang lagi wakil negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakhiri saingan awal di kedudukan ke-24 menerusi 9.635 saat.
Walaupun tidak mencatatkan kedudukan lima terbaik namun dua wakil negara itu layak untuk meneruskan perjuangan dalam acara pecut yang akan bermula beberapa jam lagi.
Pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen mencipta sensasi apabila mencipta rekod baru dunia selepas mengakhiri saingan pecut di tempat pertama menerusi 9.088 saat.
BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah Sabri Layak Ke Separuh Akhir
BERITA TRENDING:Anak Perempuan Pengasas Apple, Steve Jobs Bercinta Dengan Pemenang Pingat Emas Olimpik Paris 2024
BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus Terkandas Repechage Pusingan Pertama Pecut
BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati Tidak Berhasil Ke Suku Akhir Keirin
Pusingan kelayakan yang boleh dianggap paling pantas itu turut menyaksikan rekod dunia dipecahkan dua kali.
Pelumba Australia, Mathew Richardson terlebih dulu mengatasi rekod dunia milik pelumba Belanda, Harrie Levreysen 9.099s, apabila merakam masa 9.091s.
Namun Levreysen yang terakhir ke trek, memintas catatan itu apabila merampas semula rekod dunia dengan catatan 9.088s.
Sumber: Stadium Astro/Harian Metro