Viral
Anak Perempuan Pengasas Apple, Steve Jobs Bercinta Dengan Pemenang Pingat Emas Olimpik Paris 2024
Anak perempuan mendiang pengasas Apple, Steve Jobs, Eve Jobs dilaporkan menjalin hubungan asmara dengan pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024.
Atlet yang menjadi pilihan Eve dikenali sebagai Harry Charles, equestrian atau penunggang kuda yang berasal dari Great Britain.
Charles bersama timnya merupakan pemenang pingat emas dalam kategori show jumping yang merupakan salah satu dari tiga disiplin dalam cabang olahraga tersebut.
Hubungan mereka dihidu selepas Eve mengucapkan tahniah di atas kemenangan kekasihnya itu di akaun Instagram.
“Team Gold!!! Sangat berbangga dengan anda kekasihku,” tulis Eve seperti dilaporkan People.
Malah menerusi video yang dikongsi, Charles dilihat berlari ke arah Eve untuk berpelukan dan bercium meraikan kemenangannya.
Eve, 26, yang merupakan seorang model tua setahun daripada Charles yang mewarisi kemahiran sukan berkuda daripada bapanya yang merupakan pemenang pingat emas equestrian Olimpik 2012 di London.
BERITA TRENDING: Sandal Terpakai Steve Jobs Dibeli Dengan Harga RM919,000
BERITA TRENDING: 4 Perangai Pelik Si Genius, Steve Jobs
BERITA TRENDING: Dapat Tote Bag Percuma Ketika Pembukaan Apple Store, Netizen Jual Semula Cecah Ribuan Ringgit?
BERITA TRENDING: Netizen Terhibur Wajah Imran Bard Persis Atlet Olahraga Olimpik Amerika Syarikat - “Muka Sama Perangai Sama”
Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini
Must-Watch Video