Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia
Maliah Surip
30/07/2024 04:25 MYT
30/07/2024 04:25 MYT
Seorang hos veteran sukan digugurkan dari saluran Eurosport selepas memberikan komen berbaur diskriminasi kepada pasukan perenang wanita Australia dalam pusingan akhir gaya bebas 4x100 di Olimpik Paris 2024.
Bob Ballard digugurkan dari tugasannya memberi ulasan terhadap sukan Olimpik 2024 selepas menyifatkan wanita sebagai golongan yang suka berpeleseran dan berhias.
Ulasan tersebut disambut rakan hosnya, bekas peserta Olimpik Lizzie Simmonds dengan kurang senang.
“Itu keterlaluan Billard. Ada juga kaum lelaki melakukan hal sama,” katanya.
Akibat ulasan yang disifatkan merendahkan dan diskriminasi terhadap golongan wanita itu nama Ballard digugurkan serta merta daripada jadual mengendali mana-mana laporan sukan Olimpik 2024.
“Kami mengesahkan Bob Ballard tidak akan mengendalikan ulasan di Olimpik 2024. Dia telah digugurkan dari tugasannya secara serta merta,” tulis kenyataan yang dikeluarjan Eurosport.
Ballard adalah seorang pengulas veteran yang telah melakukan kerjanya sejak pertengahan tahun 80-an dan telah mengendalikan beberapa siri sukan Olimpik.

Seksis
Komen tersebut diberikan selepas pasukan renang wanita Australia memenangi pingat emas dalam acara gaya bebas 4x100 yang berlangsung di Paris Aquatic Centre, lapor CNN.“Akhirnya peserta wanita menyudahinya (pertandingan). Anda semua tahu wanita suka berpeleseran dan bersolek,” ulas Ballard.