Sukan
Olimpik Paris 2024: Ambil Masa Dua Bulan Siapkan Baju Bulu Tangkis, Peminat Sanggup Terbang Beribu Batu Demi Sokong Malaysia
Dua penyokong fanatik sanggup menempuh perjalanan beribu batu demi memberikan sokongan kepada kem badminton negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Gaya Unik Dengan Pakaian Bulu Tangkis
Malah, kedua peminat ini juga kelihatan begitu gembira sebaik tiba di Porte De La Chapelle Arena.Bukan biasa-biasa, sebaliknya mereka hadir dengan gaya dan penampilan unik apabila mengenakan pakaian yang direka khas menggunakan bulu tangkis.
Menerusi temu bual bersama Astro Arena, kedua-duanya memaklumkan mereka mengambil masa selama dua bulan untuk menyiapkan pakaian istimewa itu.
“Sebab kami mulakan dengan fikir tentang rekaan dahulu, nak potong bulu tangkis dan kemudian perlu dijahit.“Kalau dikira bermula dengan saya beli bulu tangkis, baju jaket dan seluar ini mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan.
Advertisement
“Semuanya saya buat sendiri bersama sahabat saya. Yang paling penting adalah tulisan Malaysia dibahagian belakang jaket,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Sukan Olimpik Paris 2024: Keputusan Terkini, Kedudukan Terkini, Senarai Atlet Malaysia, Jadual, dan Info Siaran Langsung (Live Streaming)
Dalam masa sama, mereka juga meletakkan harapan dapat menyaksikan detik sejarah atlet Malaysia merangkul pingat emas pertama negara dalam temasya berprestij itu.“Kami berada di sini untuk memberikan sokongan pada Malaysia, Olimpik hanya empat tahun sekali dan saya sangat sukakan badminton. Saya harap Malaysia boleh merangkul pingat emas,” katanya.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Latihan Triatlon Batal, Kualiti Air Sungai Seine Teruk!
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Skuad Badminton Negara Mengganas, Pamer Aksi Terbaik… Penonton Beri ‘Standing Ovation’
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pembawa Bendera Israel Rupanya Bom Penduduk Gaza
Untuk info, skuad badminton negara mencipta magis apabila mengekalkan momentum positif di temasya Sukan Olimpik 2024 Paris.
Kemenangan mula dicipta apabila beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah berjaya menghidupkan peluang mereka ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas menumpaskan pasangan keenam dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada aksi Kumpulan A.
Minat yang mendalam dalam sukan badminton membuatkan Mun Phang Lek sanggup untuk terbang ke bumi Paris untuk menyokong kem badminton negara! ???#SukanOlimpik #Paris2024 #Badminton #KtaSemuaTeamMAS #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/zYkRxjiSAz— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 29, 2024
Must-Watch Video